:: Good & bad news ::

image

How can one not to fall in love with this chubby little baby?

Amani perlu makan antibiotik selama setahun atau lebih untuk elakkan urine track infection (UTI).. inilah salah satu result dari ujian MCU 2 minggu lepas… Dari hasil xray, nampak cecair kontras dari pundi kencing naik ke kidney, yg boleh mengganggu kidney dan juga menyebabkan UTI. Masalah ini dipanggil VUR … Tapi vur amani pada tahap 2, maknanya tidak begitu serius…

Itu satu hal. Selain tu juga, hasil xray menunjukkan jarak antara usus besar ke anus tidak begitu jauh, dlm 1 atau 2 cm. Maknanya, pembedahan anus nanti tak perlukan belahan di bhg perut…. Alhamdulillah… Penyakit ini dipanggil anorectal anomaly.

Keputusan echo jantung pulak tak berapa clear. Tapi yg pasti ASD (lubang antara bilik kiri dan kanan jantung bhg atas) amani masih belum tertutup… Saiz dalam 3 mm… Echo kena dibuat sekali lagi untuk confirm PDA dan pulmonary stenosis. Rajin betul doktor lukis dan explain kat mama… Walau bagaimanapun, lubang tersebut tidak akan menyebabkan kegagalan jantung… Mama doakan moga lubang tu tertutup sendiri…Aunty & uncle doakan juga ye…

Berat amani naik tetapi sangat tidak memuaskan. Doktor memaksa dietricion menyediakan slot consultation secepat mungkin.. dan hasil ujian terhadap najis amani menunjukkan amani lactose intolerate, tapi tidak begitu teruk sebab berat masih naik. Mama digalakkan mencampurkan lactose free milk dlm jadual penyusuan amani…

Adehh, banyaknya appointment untuk amani bulan 6 dan 7 nanti… Huhuhu… Mama masih terus mencari toys yg sesuai dan chick-itas maracas (mcm cik ita … Makcik ita.. hihihi) sudah diterima… Toy ini digunakan dlm terapi fizikal jg… mama tengok kat sini http://downsyndromenewmama.blogspot.com/2009/04/ten-toys-your-baby-wants.html .. itu yg tergedik nak beli… sib baik ade kat kedai muzik…

image

Chick-itas maracas… chik chik chik

Hari ni juga mama buatkan first flash card kaler untuk amani. Mama bawa blok tulisan, dan yg selebihnya dibuat oleh cina kedai alat tulis (print, potong, laminate).. terima kasih ya, tak pernah jumpak pekedai serajin dia… Sambil sembang2 dgn cashier cina pasal amani, rupanya anak cashier tu pun ada VUR dan anak dia ambil antibiotik selama 3 tahun! Huh, lamanya…

image

First flash card.. kat belakang ade tulisan…

Mama dah try flash card dan warna paling amani suka ialah HITAM…yah, warna baby kan putih, hitam dan merah…

Sambil tu mama juga tgh tengok baby sign language kat http://www.babysignlanguage.com/ … Dah boleh start sebab amani sudah boleh fokus…

Banyak lg nak dibuat dan dibaca. Kadangkala rasa mcm tak cukup 1 hari. Kalau ke hospital, burn lah semua terapi yg selalu mama buat kat rumah utk hari tu..

YaAllah, mudahkanlah segalanya untuk mama & amani…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on May 18, 2012.

2 Responses to “:: Good & bad news ::”

  1. for the good news… alhamdulillah syukur pada allah…
    for the bad news.. let us continue praying that it will not be that bad… and perhaps will be better….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: