:: First Food ::

Tak lama lagi Amani akan mencecah 6 bulan (by right, minggu ini Amani baru 2 bulan 3 minggu).. Apa pun, amani perlu diperkenalkan dengan semi-solid food tidak lama lagi.

Selepas berbincang dengan Dr, hari ini mama memulakan makanan Amani dengan air kanji (air dari nasi yang dimasak).. Cuma sesudu dua… Jika tiada masalah (dengan output stoma), dalam seminggu lagi bolehlah diperkenalkan dengan bubur nasi yang ditapis… Bubur nasi yang dikisar bersama bilis dan karet akan dimulakan jika tiada masalah bila Amani mencecah 6 bulan… Ini sangat penting supaya aktiviti speech therapy dapat dilaksanakan seawal mungkin. Jika bayi tidak diperkenalkan dengan makanan, bagaimana nak train otot disekitar mulut untuk bercakap nanti…

Sememangnya  makanan berfiber seperti sayur hijau perlu ditangguhkan kerana takut mengganggu kolostomi amani.. Apatah lagi bayi ds kebanyakannya mempunyai masalah dengan pencernaan (kadar pencernaan yang lambat akan menyebabkan sembelit)…

Ha, ini dia kanji untuk amani..

Air kanji .. agak pekat sebenarnya…

Tengok comotnya anak mama nih….

Anak sapa yang comot sangat ni….

Lepas makan kita main dulu… Ha, Amani dah pandai ketuk gym t u… ketuk je, bunyi … Thanks aunty Ani for this toy…

Alhamdulillah, first time amani pandai ketuk sendiri…

Lepas penat buat ape? Buat krooohhhhhh ler…. Mama’s angle is sleeping… Bangun nanti kita belajar golek2 lagi ye….

Mangan turu…. hahaha

Alhamdulillah… hari ni Amani belajar mengetuk… belajar makan… Mungkin untuk bayi normal, perkara ini terlalu biasa, tanpa perlu diasuh… Untuk amani, semua perlu diajar… dilatih… InsyaAllah Amani tentu boleh. Therapist cakap perkembangan amani masih selari dengan perkembangan bayi normal dalam lingkungan umur yang sama (iaitu 2.5 bulan)… Jika semua terapi dimulakan seawal mungkin, insyaAllah perkembangan Amani tidak akan lari jauh dari bayi normal. Jika sebaliknya berlaku, mama perlu cari alternatif lain…

~ by Zarina on May 15, 2012.

6 Responses to “:: First Food ::”

  1. The pleasure is mine!! Rindu ah kat Amani..
    Aunty Ani

  2. nampak excitednya dia dapat makan… hehe….
    twit… perkembangan amani sebenarnya ikut tarikh lahir sebenar atau ikut tarikh sepatutnya lahir?

    • Dia main sedut je… Haha…

      Generally, ikut tarikh lahir. Cth, kalo org tanya umur, ckp le yg general. Tapi medically ikut tarikh dia sepatutnya lahir. Dr segi development, therapist ikut tarikh sepatutnya, as amani 2+ months.
      2 bln amani cuma terbaring dlm incubator, as if dlm perut… Kalau dikira, rasanya sangat tidak aci… Hihihi…

      • kira 2 bulan dalam incuabtor tu sama jek la dok dalam perut kan… hehehe…. so boleh la kira perkembangan dari tarikh sepatutnya lahir… kan…kan…

      • Setakat ni, jadual pemakanan dan imunisasi ikut tarikh lahir. Yg lain, cth development pulak ikut tarikh sepatutnya, yg dipanggil corrected age. So, takde nak worry sangat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: