:: Kesilapan Berhikmah ::

image

Budak chubby suka genggam tangan

Jika diikutkan borang temujanji, amani perlu menjalani ujian florouskopi semalam. Ujian ini memerlukan pesakit minum minuman khas dan kemudian xray dibuat untuk melihat aliran air tersebut (contrast).

Seawal 7am, mama mula bergerak ke ppum. Waduh, jamnya, teruk sangat. Pukul 8.40 baru jejak ppum. Alhamdulillah, ada juga rezeki parking ditepi tangga, lokasi paling dekat dengan tempat yg dituju. Mama terus berlari ke bahagian pengimejan dan mendapatkan no giliran. Tiba2 mama teringat, nurse yg memberi borang temujanji tempoh hari menyuruh mama pergi ke day care di wad peadatrik. Mama bertanya penjaga kaunter, beliau menyuruh mama bertanya doktor dibhg pengimejan terlebih dahulu.

Tungu punya tunggu, dekat 2 jam mama menunggu doktor. Cuma ada 5 pesakit yg menunggu, mama org yg ke-4. Akhirnya bila doktor keluar untuk memanggil org ke-3, mama terus bertanya doktor samada perlu tak amani pergi ke wad peads. Beliau lalu menyemak sistem dan menyuruh mama ke wad pead sebab hanya staf bhg pead boleh memasukkan tiub didalam saluran kencing bayi untuk prosedur MCU.

Rasa mcm nak marah, tp mama terus ke wad pead pukul 11.30 pg. Alhamdulillah, jumpa prof Thamby dan dr Gowry. Mama cerita apa yg berlaku. Kebetulan pula tak ramai pesakit kerana dah lewat. Nurse menyemak fail dan memaklumkan borang temujanjaji yg diberi kpd mama tu salah! Amani perlu ujian MCU, bukan floroskopi. Sabar je! Dr Gowry terus mengambil amani dan mulakan tugas membuat line (utk masukkan antibiotik) di lengan amani dan memasukkan tiub kedalam salur kencing. Selepas hampir 45 minit, sudah siap dan mama disuruh pergi kebhg pengimejan semula utk prosedur seterusnya…

Maka mama bergerak semula ke bhg pengimejan. Setengah jam kemudian, amani dipanggil, dan petugas xray mula bercerita apa yg mereka akan buat. Cecair contrast akan ditembak melalui tiub disalur kencing, dan xray akan diambil. Melalui ujian ini, fungsi salur kencing dari ginjal dapat dilihat, samada sempurna atau tidak. Jika sempurna, maka usus besar tidak bersambung dgn salur kencing dan ginjal berada pada kedudukan dan keadaan yg betul… Dekat sejam juga mama menunggu.

Azan zohor berkumandang semasa mama bergerak semula ke wad pead untuk membuang line dilengan amani.

Itulah, perancangan Allah maha hebat. Jika borang yg betul diberi, mama perlu sampai di wad pead seawal 7 pagi untuk prosedur memasukkan antibiotik dan tiub kedalam salur kencing amani. Selepas tu barulah ke bahagian pengimejan untuk prosedur seterusnya. Day care wad pead amat sibuk pada awal pagi… Dengan silapnya borang yang diberi, mama tak perlu sampai awal… Dan bila ke wad pead pukul 11 pg, keadaan sudah lengang… Semuanya berjalan lancar alhamdulillah. Cuma mama yang agak confuse kerana tak faham term medical…

Ujian telah pun dibuat. Keputusannya dapat mama tahu semasa follow up bulan depan…

Inilah yang dinamakan kesilapan berhikmah!!!

Moralnya, bersangka baik dengan sebarang keadaan yg kita hadapi. Sesungguhnya Allah lah perancang yg terbaik.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on April 26, 2012.

6 Responses to “:: Kesilapan Berhikmah ::”

  1. yes, setiap yg berlaku not following our plan & kehendak …pasti ada hikmah disebaliknya…cuma2 jgn cepat melatah & try to find the secrets why it happens such ways…

  2. Betul… Betul… Betul… Kita terkadang terlupa adanya hikmah Allah. Bila marah menyerang, otak dah tak nak fikir yang positif… Asyik nak fikir yang negatif kan…. Selalu ingat-mengingati macam ni perlu untuk kita sentiasa sedar kan… Kan… Huhu…
    By the way, Amani tu baru lepas nangis ke? Merah segala hidung ngan mata tu. hehehe…

    • Ya betul… Alhamdulillah takde nak marah hari tu… cuma penat berlari kesana sini dengan amani. Muka kepenatan ni berjaya meraih simpati doktor dan nurse… huhuhu…
      Amani selsema, itu yang hidung merah… tapi kalo nangis pun merah segala jugak…

  3. MashaAllah Tabarakallah..Baby Amani mempunyai mama yang sabar serta pemikiran yang positif. Dan sentiasa ingat semuanya percaturan dari Allah yang maha Agung…dgn kesungguhan kamu, tidak mustahil suatu hari nanti Amani akan menjadi anak yang bijak dan solehah. Alhamdulillah, syukurnya bila terpilih utk menerima ujian & dugaan dari NYA. (berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya).

    Belum terlambat rasanya utk mngucapkan tahniah atas kehadiran baby Amani..dan Tahniah! juga kerana sikap kamu yang tenang n sabar ..inshaAllah pasti Syurga buat kamu sekeluarga. Aamiin.

    • Setuju dengan statement “berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Tapi alhamdulillah mama amani mempunyai ramai sahabat yang sentiasa memberikan sokongan, hatta doa dari kejauhan tanpa empunya diri mengetahui…
      InsyaAllah moga mama amani terus gagah …. dan akan terus gagah dengan doa2 sekelian sahabat….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: