:: Pengaruh Seorang Ibu ::

image

Doakan mama ye..

Pernah tak terfikir, apa agaknya yang kita bekalkan kepada anak2 selepas kita mati?
Alhamdulillah, selepas kematian ibu bapa, mama tak putus doakan mereka, samada melalui doa harian, sedekah al-fatihah atau sedekah fizikal lain yg diniatkan untuk mereka. Ia tidaklah melimpah ruah, namun harapnya setiap hari mereka mendapat kebaikan (walaupun kecil) dari titipan doa seorang anak… Namun, adakah anak2 kita akan melakukan perkara yg sama nanti? Wallahu’alam.
Membaca autogenerated emel dari Lina Karim (pengasas islamic network parenting), membuka sedikit demi sedikit ruang kesedaran untuk mendidik anak ke arah ‘sana’… Berbekalkan pesanan ringkas seperti “dah selawat ke hari ni”, seorang ibu mampu mendidik hati anak2 insyaAllah. Mama dah mulakan sikit-sikit.
Dan pastikan makan bersama keluarga dan solat jemaah bersama sekurang2nya sekali sehari. Ini memerlukan ‘enforcement’ dari ibu kerana ada kala kita terlalu sibuk dengan urusan dapur selepas pulang dari kerja…Sentiasa ingatkan anak2 tentang sunnah spt:
– mulakan pakai kasut dgn kaki kanan
– masuk toilet kaki kiri, keluar kaki kanan
– baca doa naik kenderaan bersama2
– mula pakai baju dgn tangan kanan
– potong kuku ikut turutan sunnah dan byk lagi…
Perkara ni nampak macam remeh tapi sebenarnya memberi kesan mendalam kepada anak2.
Dan satu lagi, bapa juga memberi pengaruh psikologi yang baik kepada anak2 terutamanya jika bermain bersama (main bola, layang2, memancing) dan membantu anak2 membuat kerja sekolah mereka.

image

Along... Mendominasi sifat mama... pendiam tapi garang wehh..

image

Abid... Sedikit kasar tapi sensitif..

Semoga kita para ibu dapat mendidik anak2 menjadi anak soleh dan solehah. Semoga anak2 mama menjadi saham akhirat. Saham dunia mama cukup2 je, tak naklah saham akhirat juga cukup2. Tapi yang pasti sorang anak mama confirm menjadi saham akhirat, insyaAllah. YaAllah, permudahkan lah bagi kami!

image

Nur Amani.. Raut wajah saling tak ubah dari rauh babah...

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on April 18, 2012.

4 Responses to “:: Pengaruh Seorang Ibu ::”

  1. wwwwaaaa… sukaaaaa…. tapi takuttttt…..
    comelnya along dukung amani… hehe.. dah boleh harap tengok-tengok kan baby kot….

    • Apa yg suka, apa yg takut tu…. Ha, along mmg suka ngasuh amani. Buleh la nak harap sikit2…

      • suka peringatan nih…. tapi takut nak mengenangkan ketidak-cukupan bekalan untuk ana-anak…

      • Kena juga ingat selalu… Mati tak tentu masa,,, Takut bekalan tak cukup… Meh kita sama2 ingat mengingati..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: