:: Amani & immunization ::

image

Berusaha keras membulatkan mata

Hari ni Amani amik jab 6 in 1 imunization. Amani terlewat 2 bulan.. Hep, DPT, Hib, IPV.. Seronok berbual dengan Dr Amdan. Beliau yakin keharmonian keluarga mampu ‘mengubat’ Amani. Rasanya mama setuju dengan statement tu. Bayi bertambah sihat dengan kehadiran abang dan kakak disekeliling. Abid yang ‘brutal’ tu selalu kelihatan berdua-duaan membelek dan mencium amani. Cuma mama kena bertegas spy dia tidak meletakkan jari dimulut amani. Amani suka menjilat apa2 yang berada dibibirnya. Berdasarkan checkup bersama dr amdan, keadaan hipotonia (low muscle tone) amani tidak begitu teruk. Alhamdulillah. Apa pun, mama gembira kerana Amani special edition!

Semalam mama bawa amani follow up dengan pakar genetik. Consultation dengan doktor + kaunselor ambil masa dekat 2 jam. Baiknya MO Dr Rushdan yang cuba menyiapjan semua dokumen untuk appointment amani seterusnya dengan audiologist, ophthalmology unit (mata), occupational therapist dan thiroid test. Beliau juga tolong isikan borang JKM…lepas tu marathonlah mama ke unit2 tersebut untuk membuat temujanji. Dan dr fashee pun baik sangat tolong sign borang claim ubat amani… Berurusan dengan staff hospital kerajaan ni kadangkala menguji kesabaran. Namun, rezeki amani agaknya, semua berjalan lancar alhamdulillah.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on April 13, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: