:: Menyembur vs Rambut Gugur ::

image

Jika otot mulutnya kuat, dah tentu Amani menyembur air liur...

 

Ini cuma teori orang2 tua. Bila bayi menyembur air liur, rambut ibu akan gugur. Tiada kajian saintifik. Amani sudah pandai main air liur, tapi tak reti menyembur. Habis air liur kat bibir, kadangkala beliau seakan mengunyah (kunyah air liur?). Dan, teori orang tua terbukti bila rambut mama gugur teruk setiap kali disikat. Ironinya, apa kaitan bayi menyembur air liur dan rambut ibu gugur? Unexplain theory. Tapi, semasa mama di hospital, nurse akan letakkan cebisan tisu didahi bayi yang sedu… Pun, tiada kaitan saintifik. Namun sebab tiada ubat untuk bayi sedu, teori orang2 tua dipakai juga oleh ahli perubatan! Dan ia berkesan….

Alhamdulillah cuti mama diluluskan. Ada 2 bulan lagi untuk mama siapkan amani dengan dunia luar – nurseri… Sekarang ini amani masih belum pandai menyusu botol. Dijilatnya, ditolak ketepi dan diluahnya susu yang masuk kemulut melalui puting botol. Pureen sudah, Avent sudah… Tak jalan.

image

Nampak tak kacang yang berjuntaian? Dah banyak sangat, tak termakan pulak...

Lagi 2 bulan mama dapat menikmati udara segar dipagi hari yang menerpa melalui tingkap. Pemandangan pokok kacang panjang yang berjuntai di tiang pergola sungguh mendamaikan hati… Dan disudut tingkap ini juga mama dapat nikmati tumbesaran, ros dan zucchini yang ditanam pasuan. Lagi 2 bulan…. Alangkah indah jika 2 bulan ini boleh ditunda jadi 20 tahun….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on April 9, 2012.

6 Responses to “:: Menyembur vs Rambut Gugur ::”

  1. Nampak amani dah makin kuat🙂, alhamdulillah…semoga impian mama menjadi nyata…

    • Apapun perkembangan amani (walaupun lambat), alhamdulillah.
      Setakat ni impian tu masih impian. Rasanya lepas 2 bln pun, masih impian… Hehe…

  2. Waaaaa…. Over tu… Nak jd 20 thn terus… Keke… Sket-sket la dulu… (tingin gak sebenarnya.. hehe..)

  3. Dah lama tak singgah sini……terkejut Amani dah nampak besar….Semoga Amani cepat membesar lagi dan tercapai impian mama Amani…..InsyaAllah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: