:: Perkembangan Amani ::

“She will face delay development” kata Prof Thamby… Ya mama tahu Amani akan lambat dari segi perkembangan kognitif dan juga mental. Cuma, berapa lambat? Adakah double delay disebabkan Amani premie? Prof Aishah didalam emelnya menyatakan yang glen domain method is the best way to assist ds baby, selain dari supplement.

Menimang Amani membolehkan mama dan keluarga menikmati masa yang lebih lama dengan bayi, kerana bayi ds agak lambat sikit perkembangannya. Mereka boleh mencapai apa yang bayi normal boleh lakukan, cuma pada skala yang berlainan. Amani adalah satu anugerah, bukan bebanan. Mama tak expect sesiapa pun berasa kasihan, apatah lagi sedih dengan kehadiran Amani, kerana Amani memberi sejuta makna kepada mama dan keluarga, bukan saja di dunia, insyaAllah juga di akhirat.

amani

Sorry, syeksyi hooo...

Alhamdulillah setakat hari ini Amani sudah menunjukkan reaksi kepada bunyi. Beliau akan memalingkan mukanya mengikut pergerakan bunyi. Itu pun masa dia betul2 sedar dan segar- selepas mandi. Pergerakan otot leher dapat membantu bayi menguatkan leher untuk mengangkat kepala. Amani belum kuat untuk mengangkat kepalanya.

Amani juga sudah menunjukkan reaksi wajah gembira (dgn memuncungkan mulutnya dan mengecilkan mata) bila diurut betis dan tapak kaki atau badannya diusik atau digelikan. Itu pun jika dia betul2 terjaga.

Hari ni mama terpaksa melupuskan lebih kurang 60oz susu badan yang dibekukan sepanjang bulan 12. Yang bulan 1 masih tersimpan. Sikit hari lagi nak kena lupus juga. Susu badan yang dibekukan dibahagian freezer hanya tahan 3 bulan.

image

Antara susu badan yang perlu dilupuskan😥

Semalam mama sudah terima tempahan topi dan booties. Comel banget, dan benangnya berbau wangi. Setakat knitting, mama boleh buat sendiri. Crochet tak pandai. Sekarang ni dari rumah saja sudah boleh membeli itu ini. Kalaulah (encik KALAU ni perlu dibuang jauh-jauh) mama surirumah, sudah tentu wardatain.com akan aktif. InsyaAllah, mama nak aktifkan, tunggulah masa yang sesuai.

image

knitted booties

image

Crocheted hat & knitted booties

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on March 22, 2012.

5 Responses to “:: Perkembangan Amani ::”

  1. manyaknya susu…. awat sampai kena buang? amani minum tikit jek ke? comel la itu booties….

    • Alhamdulillah… Susu disimpan sbb bulan pertama amani lahir dia tak minum susu. Sampailah lepas operation, baru start susu. Dan milk consumption amani pun sgt sikit sepanjang 78 hari di spital. Itu yg susu penuh peti ais. Kalau frozen, thn 3 bln je. Unless freezer khas, thn 8 bln

      Booties tu mmg comel banget.

  2. Zarina, teknik glenn doman memang diakui bagus untuk membantu kanak2 di dalam perkembangan mereka. Ia bukan hanya untuk kanak2 ds, tapi semua kanak2, sangat bagus untuk mereka. Saya pun ada apply untuk anak saya, tapi sempat untuk 3 bulan je….sebab sibuk dengan study🙂 …..nak kena start balik sbb mengikut kajian dan pengalaman kakak, teknik ini memang membuahkan hasil…..Cubalah, ye….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: