:: Tak Rugi … ::

image

Segar dari tepi rumah..

image

Sila, sila...

Jika berbudi kepada tanah. Kacang panjang yang mama campak didalam pasu tak berhenti mengeluarkan buah… Sekali petik ada 5 atau 6 urat, cukuplah untuk masak paprik.

Kesum juga subur dalam pasu.
image

Jambu batu ni pula tak berhenti berbuah sejak mama balik dari Saudi. Tapi ada ketikanya buah yang hampir masak habis hilang. Intai punya intai rupanya cik nyet dan kawan2nya yang bedal. Takpelah nyet, ambillah sebab kami pun tak termakan jambu tu..

Rajin berbuah jambi nih..

Memperkenalkan cik nyet yang nomad dari hutan2 yang telah ditebang untuk tujuan perumahan..

Banyak lagi projek pertanian tergendala sejak kelahiran amani. Sejak amani dirumah, bolehlah mama mulakan balik aktiviti pertanian nih.

image

Kalau tidur macam ni, lama sikit tidurnya...

Ingat nak start dengan biji benih dari Saudi iaitu zucchini dan bendi… Jauh benor benih ni datang.

Benih dari Australia pula tak berapa menjadi.

Aishhh banyak lah keje pertanian nih padahal perancangan asal tak mula pun pun lagi. Rasa macam tak sanggup la pula nak buat research cari tajuk nih. Ada sapa2 boleh tulung?

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on March 16, 2012.

8 Responses to “:: Tak Rugi … ::”

  1. hik..hik..seronok tengok Mama Amani dah mula kembali ke hobi yang lama ditinggalkan. Bila menanam, dapat hasil ..hati puas.🙂

    Nak carik tajuk yer…tok sah plan2..nanti tak natural. Life ni byk uncertain..ikut flow, dan citer la flow tu …lagi rasa dari hati ke hati🙂

    Ok Mama Amani, teruskan dengan segala aktiviti, kawan2 di sini, walau dekat dan jauh akan berasa seperti Mama Amani berada selalu di samping.

    • Seronok kan… huhuhu… hari ni restart tanam pokok (sebab pokok banyak mati – ajin silap buh baja) … terpaksa dia ganti pokok kesayanganku – rosemary, pudina dan saderi) … Hari ni try tanam zucchini .. sedap woo kalo masak baked zucchini with cheese…
      Buleh tak kalo tak plan langsung pasal tajuk tuh? hahahaha…

      • buat tajuk pasal pertanian tak leh ke? kekeke… zucchini baked…mmm … lamanya tak buat…. sedap kan…

      • Buleh buat pasal pertanian tp kena guna duit sendiri la. Mahu kena bambu ngan bos…hik hik…

        Bedt zucchini bake ngan sayur2 lain. Kat sini zucchini mahai…

  2. hik hik..comel nya posisi tidur amani. Rasa cam nak duduk atas Amani nyer🙂

  3. Iye, akak setuju…best tengok banyak tanaman menjadi. Ia juga satu terapi buat diri sendiri. Akak lama dah nak mencuba2, benih da bnyk beli, ada bekas styrofoam besor yg nak buang tapi tak jadi sebab boleh jadi pasu utk bercucuk tanam tapi tak tau bila nak start…once dah start tak jadi hal kan…

    Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Salam peluk cium utk Amani yg sangat istimewa…

    • Best kan kalo dah boleh petik hasilnya. Rasa gembira itulah nikmatnya.

      Nanti bila2 amani nak ke ofis, boleh jumpa makcik ita lg…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: