:: Adakah?? ::

Sejak pagi semalam, keluaran jus perut melalui tiub ng semakin banyak, manakala keluaran melalui stoma pula tak ada.

Xray kedua dibuat, namun hasilnya menunjukkan bengkakan usus tidak bertambah besar. Kebiasaannya bila usus melekat, bengkakan akan bertambah.

Hati mama jadi cair bila melihat amani membuka mata dan mencari susu bila dengar suara mama. Hari ni mama bawakan air zam-zam yg mama sendiri bacakan beberapa surah. Sambil tu mama contact kawan2 di Mekah, mintak mereka doakan untuk Amani, apa juga yg terbaik untuk Amani.

Sebelah petang, keluaran melalui tiub ng tidak berkurang, malah bertambah ke 70ml. Prof Thamby mulai risau dan meminta surgeon menempah satu tempat di ICU. Jika keadaan tidak berkurangan, Amani perlu dibedah sekali lagi.

Mama juga sudah menandatangani surat consent untuk pembedahan Amani. Mama redha, jika itu yang terbaik.

Sambil menemani Amani (Amani tidak dapat tidur mungkin sebab inginkan susu), mama bacakan surah2 yang mama biasa baca semasa mengandung. Mama basahkan bibir Amani dengan air zam2. Pandai pulak, Amani mengecap2 bila terasa ada air dibibirnya. Mama usap perut Amani sambil membaca Ya Salam.. ya Ghaffar.

Mama pulang pukul 6 petang, dengan harapan yang menggunung.

Itu kisah semalam.

Hari ni mama datang awal untuk sign consent letter untuk bius, jika Amani perlu dibedah. Bila dengar je suara mama, terus Amani buka mata dan mencari susu. Maafkan mama, tak boleh sayang…. amani perlu berpuasa lg. Mama lihat keluaran tiub ng agak kurang dan keluaran melalui stoma pula agak banyak, dalam 4ml.

Prof Thamby sampai, beliau membelek2 perut Amani dan meneliti rekod malam tadi.

Dr Hari pun datang. Mereka berbincang sesama sendiri. Perut Amani agak lembut, keluaran stoma semakin bertambah, keluaran ng pula berkurang. Ehmmm, akhirnya Prof Thamby membuat keputusan untuk menangguhkan pembedahan. Alhamdulillah.

Namun, sebab apa kejadian usus membengkak, Dr tidak dapat memberi jawapan. Mungkin infection, mungkin juga sebab lain. Dr akan mengkaji rekod Amani.

Apa yang mama ingat ialah, siang sebelum kes tersebut, mama menyusu penuh sepanjang hari. Adakah itu sebabnya? Adakah Amani terlalu banyak minum susu badan sehingga najisnya banyak dan memblok usus? Wallahu’alam… Hanya Allah saja yang tahu…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 9, 2012.

7 Responses to “:: Adakah?? ::”

  1. “Allah saje yg Maha Mengetahui”

  2. Budak comel dah kenal mama dia… Good girl.. Amani bertahan ye sayang… Mama and auntie-uncle semua doakan kesihatan amani.

  3. Ya 4JJl, hanya Engkau yg mengetahui rahmat dan hikmah apa yg diberi, baby Amani yg suci murni mengalami kejadian serupa ini…mohon diringankan apa yg dirasai oleh Amani dan umi. Membaca berita ini seakan mahu pergi menjenguk Amani sekali lagi…
    Semoga Amani dan umi (mama) kuat di dalam kasih sayang 4JJl. Ada masa dan izinNya MCik Ita datang lagi nanti…

  4. Semoga Allah memberi kekuatan kesabaran kepada Mama Amani sekeluarga..InsyaAllah Allah akan membalas segala kesabaran itu..ada masa nanti uncle ngan auntie nor dtg lagi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: