:: Kerisauan Datang Lagi ::

image

Semalam Amani menyusu badan penuh sepanjang hari. Mama gembira.

Rupanya tak lama. Hari ni mama diberitahu ada masalah. Gastric juice dari perut yang berwarna kehijauan keluar melalui nasogastric tube (ng tube) yang digunakan untuk memasukkan susu.

Mama masih menunggu doktor pakar datang untuk mendapat maklumat. Sudahlah pakar semuanya orang India dan hari ni pulak Thaipusam…. Medical officer beritahu result scan menunjukkan ada bengkakan dlm bhg usus. Ada kes pembedahan usus yang menyebabkan usus melekat. Jika ini berlaku, pembedahan kedua perlu dibuat dan proses ini lebih rumit memandangkan ia akan mengganggu kolostomi.

Buat sementara ini, Amani hanya diberikan drip dan dr berharap apa pun masalah kat ususnya akan beransur normal. Tak dapat berbuat apa2, mama hanya mampu berdoa.

Kasihan sangat melihat Amani lemah sebab dipuasakan. Rambut amani dicukur sebelah sebab nurse nak masukkan line untuk drip. Tapi tak berjaya cari salur darah. Last2 buat kat lengan.

Mama doakan Amani cepat recover, tak kira apa jua masalah yg dihadapi sekarang ini.

Hujan lebat diluar sana… Begitu juga dengan air mata mama….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 7, 2012.

6 Responses to “:: Kerisauan Datang Lagi ::”

  1. “amani kena kuat ya, sayang”

  2. Sabarlah mama… Kita sama-sama doa untuk amani recover… Jaga diri, kalau mama sakit sapa nak tunggu amani nnt.
    Doktor pakar lum check amani lagi la ni kiranya? Harapnya takde apa2 serius..

    • Mama amani tgh bertahan nih… Pakar dah tgk xray. Derang try solve case by case sbb belum finalized sebab apa. Sekarang ni bg antibiotik dan ubat gastrik dulu.

  3. “Hai orang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah waspada dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” – (Suruh Ali Imran, ayat 200).

    Supaya ayat Quran di atas dpt menguat semangat mama amani sekeluarga..sesungguhnya Allah menyediakan tempat kembali yang mulia dan mengangkat kedudukan hamba-Nya yang sabar dan beriman ke tempat yang terpuji….InsyaAllah kalau ada masa uncle ngan Auntie Nor dtg melawat lg..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: