:: Amani Makin Aktif ::

image

Semalam mama senyap2 campurkan kolostrum dengan susu supaya cukup 30ml. Harapan mama supaya badan Amani dapat membina antibodi.

Alhamdulillah, hari ni Amani sudah aktif. Menyusu pun tak perlu stimulasi lagi. Hari ni Amani menyusu 3 kali… Setiap 2 jam, amani perlu diberi 30ml susu. Mama tanya Dr, macam mana nak pastikan amani menerima cukup susu (30 ml)… Ada 2 cara:

1. Berdasarkan berat amani (ditimbang 2 hari sekali). Kalau berat tak bertambah, susu yg diterima tak mencukupi. Kena tambah via tube.

2. Kandungan glukos dlm darah. Setitis darah diambil, jika bacaan lebih dari 4, bermakna susu yg diminum cukup. Glukos diperiksa 8 jam sekali. Tadi mama menyusu lebih kurang 8 minit dan bacaan glukos 5.3… Cukuplah tu…

Terima kasih kepada kwn2 rombongan cik kiah yang melawat amani semalam. Makcik2 Ita, jangan sedih-sedih ya sebab mama Amani sangat gembira menimang Amani. Tentu hati seorang ibu tersentuh melihat bayi 2.1kg penuh wayar ye…

Aunty noor & uncle usop, datanglah lagi. Boleh lah mama pau secret resepi sekali lg…. huhuhu…

Walaupun mama sorang2 dengan Amani, sebenarnya ramai yang menemani mama melalui sms, chatting, telefon dan melalui blog ini juga…

Aunty Ani, terima kasih sebab selalu layan mama masa mama stress… Teman mkn pun dah cukup…

Mengetahui ramai yang memberi semangat kepada mama, tentu Amani gembira untuk pulang nanti…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 4, 2012.

4 Responses to “:: Amani Makin Aktif ::”

  1. alhamdulillah…alhamdulillah…alhamdulillah

    Tiada yang ucapan yang indah melainkan ucapan kesyukuran disandarkan kpd Nya. Mudahan 12 Rabi’ul Awal menjadi titik tolak pembesaran dan kesihatan Amani yang lebih baik dari yang terbaik dan memberi keamanan kepada kedua ayah dan ibu amani.

    Jom kita bersalawat:
    Alloohumma solli ‘alaa sayyidinaa Muhammadin solaatan tunjinaa bihaa min jamii’il ahwaali wal aafaati wataqdhii lanaa bihaa jamii’il haajaati, watuthahhirunaa bihaa minjamii’is sayyi-aati, watarfa’unaa bihaa a’lad darajaati wa tuballighunaa bihaa aqshal ghaayaati minjamii’il khairooti fill hayaati waba’dal mamaati innaka ‘alaa kulli syai-in qadiir.

    “Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada junjungan kita, Nabi Muhammad SAW., yang dengan (melalui) rahmat itu Engkau akan menyelamatkan kami dari semua keadaan yang mendebarkan dan semua cubaan, yg dengan rahmat itu (juga) Engkau, ya Allah, akan mendatangkan semua hajat, yang dgn rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan menyucikan kami dari semua kesalahan, yang dgn rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan mengangkat derajat kami setinggi tingginya. Yang dengan rahmat itu (juga) Engkau, ya, Allah, akan menyampaikan kami kepada puncak segala maksud, dari semua kebaikan pada waktu hidup dan sesudah mati. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

  2. Alhamdulillah….”Amani, sihatlah, sayang”

    • Alhamdulillah. Seronok tgk dia dah pandai cari susu. Selepas 2 bln, kebolehan yg pertama. Cuma sekrg ni progress berat dia amat slow.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: