:: Sekali Lagi?? ::

image

Malam tadi sekali lagi Amani berhenti bernafas. Sejak semlm, amani diberi ubat reflux, untuk mengelakkan susu naik ke paru2.

Hari ni amani kelihatan agak lemah. Susu pun amani tak mahu sangat menghisap.

Apnea (nafas terhenti tiba2) dikalangan bayi prem memang biasa terjadi, walaupun ianya bukanlah perkara normal. Dr Kelvin cakap apnea tu due to lung infection yang mereka observe dari xray. Apnea biasanya akan hilang selepas 36 minggu. Amani baru 8 minggu…

image

Mama sangat fobia bila alat ni berbunyi. Tool ni disambung dengan sensor yang dilekat didada / perut amani. Kalau dada tak berombak, alat ni akan berbunyi. Kadang2 amani menghela nafas yg panjang (lambat menarik nafas seterusnya) pun alat ni berbunyi jg. Semasa menunggu Amani hari ni, alat ni berbunyi beberapa kali.. sungguh menggoncang jiwa rasanya… Rasa macam nak luruh jantung mama.

Sekarang ni Amani diberi antibiotik. Mama hanya mampu berdoa, tunggu & lihat…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on February 2, 2012.

7 Responses to “:: Sekali Lagi?? ::”

  1. Alahai… Anak mama… Please stay strong, baby Amani. Auntie will pray for your health together with mama…
    Mama, apa yang doktor buat masa dia kena apnea kali kedua?

  2. Tadi rasa cam dah click send tapi takde plak…
    Anyway, comment again la….
    My dear Amani, please stay strong. Doa auntie untuk amani dan mama. Moga diberi kekuatan dan kesihatan yang baik.
    Mama amani, apa yang doktor buat bila jadi apnea lagi?

    • Kalo mende tu bunyik, kena kejut ato tepuk bdn amani.. bagi amani gerak2 pastu senyap la natang tu…

      Semlm amani aktif sket.
      Para doktor berdiskas dan buat conclusion yg amani ni terover feeding. Depa yg suh mama breastfeed + tube feed. Then amani termuntah masuk paru2 (milk aspiration). Pastu kena lung infection… Lung infection tu yg sbbkan apnea. Aishhhh, komplikated kan… Mama dah jd down taknak breastfeed… Rasa nak biar je amani dok dlm kotak tu, susu ikut tube…

  3. takpe la .. kalau dah itu yang lebih elok utk amani, stop la dulu breasftfeed…. at least dia dah pun merasa breastfeed…. jangan tak tau langsung kan… lagipun benda ni case-by-case kan… doktor pun probably taktau sebelum ni… bila dah jadi, baru leh buat conclusion… so, kita doa jek la apa yang terbaik untuk amani…

    • Semlm mmg tak nyusu. Tp hari ni dah buleh… Alhamdulillah… Fobia tu masih ada… Sebab doktor asyik suruh breastfeed, kena la jg breastfeed.

  4. Assalamualaikum wbth

    Zarina, semoga tabah menghadapi ujian dari Allah ini yer..semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya..maafkan saya sbb blum berkesempatan lagi gi ziarah amani..bile member CTN ajak gi, ada jer urusan yg terpaksa dilakukan..anyway, dari kejauhan ini saya doakan semoga Amani cepat sihat dan menjadi anak yang solehah..banyakkan berzikir As Maul Husna – Ya Bari’ (Yang Maha Perancang)..sambil dalam hati mohon kepada Allah untuk aturkan yang terbaik untuk Zarina sekeluarga..

    • Waalaikummussalam yah….
      Sesungguhnya doa secara ikhlas dari jauh sangat bermakna buat sa
      ya. Terima kasih.
      Insya4jjl saya akan amalkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: