:: Amani Berhenti Bernafas ::

image

Baru je mama siap berikan susu via tiub dekat amani. Lepas tu Aunty Ani call… Elok je amani tidur atas bahu mama. Lepas mama letak hp, mama perasan macam amani tersedak… Dan lepas tu amani tak bernafas dan muka pucat. Mama angkat, lembik semacam… Apa lagi, mama jerit panggil nurse. Nurse menepuk2 belakang Amani tapi tiada respon.

3 orang paedatrician datang dan mereka bekerja keras supaya amani sedar. Tiub oksigen dipasang, dada amani ditepuk kuat… dan tiba2 amani menangis… Semacam baru bebas dari lemas. Nurse buat suction, sebab dr suspek amani tersedak susu tapi tiada susu keluar via tiub. Habis tangan kanan dan kiri dicucuk.. amani menangis kuat.. sakit agaknya, tapi tak apalah asalkan bernafas.

Selepas semua wayar siap dipasang, dr cakap Amani perlu berpuasa buat sementara waktu sebab mereka akan scan amani. Dr tak dapat beri sebab kenapa amani berhenti bernafas, mereka akan buat investigation…. Dr minta mama agar jangan bimbang… Maunye mama tak bimbang, melihat bayi kecil ini tiba2 saja berhenti bernafas…

Nurse cakap, bayi premature memang begitu, ada kala mereka malas atau terlupa untuk bernafas.

Baru je pagi tadi dr Kelvin cakap tiada lagi bunyi dari jantung amani, seakan2 masalah pulmonary stenosis amani sudah hampir tiada.

Ya Allah… Mama sangat panik tadi. Sekarang semua wayar dipasang semula… Tak dapatlah mama nak kendong amani buat sementara waktu ini.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on January 31, 2012.

2 Responses to “:: Amani Berhenti Bernafas ::”

  1. Ya Allah… Tersentak auntie baca tajuk… Baca isi terus berdegup2 jantung…
    Amani dear, please be strong…. Auntie always pray for you… Jangan ‘malas’ bernafas tau… Betul ke nurse tu? Huhu…
    Mama dearie, logically you’ll get panic. I will too if i’m in your place… Just keep on praying for the best for Amani. I will pray for you too… InsyaAllah… Moga Amani kembali kuat dan dapat kembali berada dalam kendongan mama.. InsyaAllah.. Allah akan kurnia yang terbaik..

    • Bila tgk amani terkulai dlm dukungan tu, kita pun rasa nak jatuh juga. Tak tahu kenapa, hari ni baru nak xray. Mama amani dah tak mampu bercakap semlm. Air mata pun tahan je, taknak berderai depan nurse & dr.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: