:: Antara Ikhlas, Sabar & Redha ::

image

Scan yang pertama di klinik Radwa 3 oleh gyne Dr Fazillah.

Apabila seseorang itu ditimpa musibah, beliau akan diminta bersabar dan redha dengan ujian yang menimpa. Tanpa merasai keperitan ujian itu, pengucapnya mungkin berkata berdasarkan pengalamannya… Atau berkata2 hanya sekadar memenuhi keperluan seorang insan lain.

Namun itu sudah sangat baik. Kerana sepanjang perbualan mama dengan setengah orang, ada yang menganggap (terutama orang Cina) bahawa mereka yg dikurniakan anak yg sakit, cacat atau mempunyai kekurangan adalah kerana dosa2 yang lalu.

Ya, manusia boleh membuat apa jua tanggapan. Namun bagi mama, kita perlu ingat bahawa hubungan manusia & Allah adalah teramat peribadi. Tiada siapa pun tahu… Jika kita beranggapan seseorang itu berdosa, siapa tahu bahawa Allah telah mengampunkannya, maka jadilah tanggapan itu sebagai suatu sangkaan buruk. Jika disebarkan, maka jadilah ia fitnah. Nauzubillah.

Bila diberikan Amani sebagai suatu takdir, hanya kesabaran yang mampu mengatasi segala gundah dihati. Hati sentiasa berkomunikasi dengan Allah… Apabila hati sudah dapat menguasai kesabaran, redha akan datang. Jika benar2 ikhlas dalam keredhaan, pasti akan terasa kemanisan. Ya, hati begitu manis sekali melihat Amani… Bayi kecil yang mama tatang sebaik mungkin semasa didalam kandungan. Bayi ini sentiasa dapat mendengar bacaan Al-Mulk kerana mama sudah menghafal sebelum mengandung.

image

Apatah lagi apabila terdapat hadis berkenaan dugaan dan kesabaran… (dipetik dari muzir.wordpress.com)

Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian. Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redha maka ALLAH akan meredhainya. Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.” (HR at-Turmudzy)

Bukankah hadith di atas terkandung di dalamnya bahawa musibah itu adalah antara cara ALLAH sedang menguji kualiti iman hambaNYA?

Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:
“Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR Bukhari)

Maka nikmat yg manakah lagi yang engkau nafikan?

Mari kita hayati nasyid ini..
Sifat Mahmudah (hijjaz)

Inilah Sebahagiaan sifat mahmudah
Yang patut ada pada diri kita Susah dimiliki payah dijaga Hanya yang punya Yang bermujahadah 2X

Ikhlas itu jiwa yang murni
Rahsia Allah di dalam hati
Terlalu sembunyi tapi dapat dikesan
Jika disuluh dengan saksama

Nista dan puji tiada berbeza

Redha sifat hati yang suci
Ujian yang tiba rasa gembira Atau tiada apa terasa
Kerna menerima anugerah Tuhannya
Kerna menerima anugerah Tuhannya

Sifat Sabar sedikit berbeza
Ujian yang menimpa sakit dirasa Tapi dapat ditahan perasaannya Hanya bermain di dalam sahaja Di luar tidak nampak terang nyata

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on January 26, 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: