:: First Finger Feeding ::

image

MasyaAllah… Tabarakallah. Seperti satu keajaiban bila tgk Amani menghisap jari mama dengan kuat, padahal baru 3 kali mama praktis urutan dalam mulut.

Mama rasa inilah saatnya mama mencuba finger feeding. Ketika pakar kanak2 datang (3 orang), mama menyuarakan hasrat untuk mencuba kaedah ini. Mama cakap, mama baca dari internet. Dr syorkan mama berikan botol tapi mama taknak. Lebih baik gunakan jari mama daripada gunakan botol susu. Dr yg mulanya agak blur tp bila mama explain, mereka mengarahkan nurse berikan mama tiub yg sesuai. Mama sambungkan tiub ke sringe dan lekatkan tiub yang dihujung satu lagi ke jari kelingking. Jari ini dimasukkan dalam mulut Amani. Bila Amani menghisap, mama akan tekan sringe sikit demi sikit. Di luar negara, kaedah ini digunakan untuk bayi yang tidak pandai menghisap susu badan atau bermasalah dengan jantung.

     Alhamdulillah, kaedah finger feeding ini sesuai dengan Amani, dimana Amani dapat mengkoordinasikan antara menghisap dan menelan.

Esok mama akan datang awal untuk mencuci dan menukar beg stoma. Jika oksigen dapat dihentikan (sekarang oksigen yg disalurkan cuma 0.5) maknanya Amani boleh balik…

Tak sangka sangat, hari ni mama yang jadi konsultan kepada doktor… Huhuhu….

image
Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on January 17, 2012.

8 Responses to “:: First Finger Feeding ::”

  1. Alhamdulillah …& Subhanallah… kuasa Allah mengatasi segalanya..

    • Ya … alhamdulillah. Kdg2 kita underestimate kebolehan bayi. Sekarang nak praktis urutan spy amani buka/nganga mulut….

  2. MasyaAllah… Comel budak Amani… Memang sah anak zarina and zainul nih… Serupa sepesen cam kakak and abang2 dia. Hehe…
    Mama dah pandai dah cuci stoma and finger feeding… Alhamdulillah… Mudah-mudahan dipermudah Allah untuk menjaga amani di rumah kelak… InsyaAllah…

    • Huhu mama kena dok kat spital… Nurse asyik pujuk sbb derang dah give up bagi susu via sringe … Asyik keluar je, amani tak telan. Alhamdulillah via finger fed ni barulah abis susu….
      Sian nak tukar pastik stoma tu sbb ada plaster lekat kat perut, kalo tarik sakit… Melalak. Ari tu melalak sampai biru.

  3. alhamdulillah..semoga amani lebih cepat sihat dpt minum susu dgn baik..

  4. salam zarin,

    i baru jengok blog u selepas sekian lama…i

    i baru tahu u bersalin…tahniah. insyallah ada keistimewaan amani …

    take care sis

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: