:: Pengajaran Hari Ini ::

image

Hari ni atuk yang sepatutnya ada appointment di PPUM terpaksa ditahan di wad kerana terdapat bengkakan dalam salur kencingnya. Kebetulan pula mama nak melawat Amani, dapatlah mama bawa nenek ke hospital.

Macam biasa, mama bawakan susu untuk Amani dalam beg pemberian rakan sekerja. Amat berguna sekali. Terima kasih ya!

image

Dalam perjalanan menghantar nenek ke wad atuk, tiba2 ada seorang wanita datang bersalam dengan mama. Katanya, tak ingat nama tapi dia ingat muka mama (kuatnya ingatan dia, dapat ingat rupa senior dari sekolah menengah)… Dulunya bersekolah di MRSM Balik Pulau (mama tak ingat langsung sebenarnya). Ringkasnya, dia membawa 2 anaknya yang istimewa berjumpa doktor. MasyaAllah! Anak sulungnya mengalami global development delay (sebab lahir premature) manakala yang no 2 ada masalah dengan otak. Mama berkata, bersabarlah dengan anugerah Allah ini. Dengan tersenyum beliau berkata “ini bahagian saya”…

Dalam hati mama berfikir, jika bahagian didunia ini sukar namun kita bersabar, tentu bahagian disana akan mudah…

Ya Allah, hari ini Engkau memberikan aku pengajaran yg sungguh bermakna.

Hari ni mama terserempak dengan dr Fauzi (yg terlibat dgn pembedahan amani)….
Katanya pembedahan dubur boleh dibuat jika berat bayi mencecah 6kg. Haisshhh…. Mau dekat setahun nak kena tunggu. Selepas pembedahan dubur, satu lg pembedahan perlu dibuat utk memasukkan semula stoma tu….

Sabar ye mama…. Ada insan lain yg lebih hebat dugaannya…

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on January 10, 2012.

4 Responses to “:: Pengajaran Hari Ini ::”

  1. Great news indeed. Awesome development… Keep up the good spirit Mama…

  2. Allah tidak akan meninggalkan hambaNya yang bersabar bersendirian tanpa pertolongan
    yang paling penting, syukur alhamdulillah, Ina dapat memahami pengajaran yang ingin disampaikanNya

    • Setiap hari kita diberikan pedoman…. Betul apa yang biah cakap, pengalaman di tanah arab banyak membantu dr segi kerohanian. Semoga Allah sentiasa memberikan aku pengajaran demi pengajaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: