“Bila Dapat Tahu?”

Daripada perbualan mama dengan sesiapa sahaja yang menjenguk amani didalam inkubator, mereka pasti akan bertanya… “bila dapat tahu baby ada down syndrome?”

.. Sebenarnya, saya tak tahu… Proses mengandung berjalan lancar… Doktor suspek bayi ini ada ds pada minggu 27, 2 hari sebelum mama bersalin (minggu 28). Itu pun sebab mama terasa seperti ada contraction. Doktor juga mengesahkan air ketuban mama banyak atau istilah saintifiknya – polihydroamnions. Disebabkan mama tiada masalah diabetis, mama membuat carian (sebab doktor tidak mahu memberi penerangan mengenai kemungkinan2 lain) dan memang terdapat kes polihydroamnions ni adalah dari kandungan bayi ds. Berdasarkan detail scan, technician atau doktor yang berpengalaman boleh perasan terutamanya ‘nasal bone’ yang agak leper. Kebetulan pula untuk kes Amani, dapat dikesan kehadiran ‘double bubble’ – yg menandakan ‘duodenal atresia’ iaitu bahagian tertentu usus tidak bersambung. 1/3 daripada bayi yang mempunyai masalah duodenal atresia ialah kalangan bayi ds.
image
Disebabkan usus yg tidak bersambung, bayi tidak dapat memproses cecair amnion… Itulah penyebab polihydroamnions.

Daripada penerangan doktor, mama cuba menerima situasi itu. Agak sukar sebenarnya kerana kekuatan dalaman tidak akan jatuh dari langit secara tiba-tiba. Ia perlukan masa untuk dibina dari dalam jiwa. Selepas bersalin, mama tidak mahu berjumpa sesiapa pun, juga tidak melawat Amani. 1 hari ini mama ambil utk berehat sambil membina kekuatan jiwa. Semasa di dalam wad (sebelum bersalin) doktor bersilih ganti datang melawat mama sambil memberi kata semangat. “InsyaAllah doktor, saya boleh menerima keadaan bayi saya”. Mereka takut tekanan darah mama yg mungkin akan menjejas keadaan bayi.

Alhamdulillah, proses kelahiran Amani amat mudah… Paling kurang sakit… Dan sakit yang sekejap… Sesungguhnya Allah itu maha adil (jika kita mahu berfikir).

image

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on January 8, 2012.

3 Responses to ““Bila Dapat Tahu?””

  1. Ini pun salah satu dugaan juga… asyik ditanya… kenapa, bagaimana, bila…. manusia kan sentiasa curious….
    InsyaAllah kekuatan akan menjadi milikmu sepenuhnya…. kami tak putus berdoa untuk awak sekeluarga…

    • Terima kasih…. Rasanya dah tak larat nak cerita. Yang pasti, kita dah buat yang terbaik semasa mengandung, termasuk berdoa untuk mendapat anak yg terbaik. Maka, tentulah Allah berikan yang terbaik, cuma kita tidak tahu. Jika dilihat dari satu sudut, sebenarna Allah telah memakbulkan doa mama Amani.

  2. Ina, dalam kesedihan kan datang kegembiraan dan dalam kesukaran pasti ada kemudahan ..sekiranya kita bergantung sepenuhnya kepada Allah Rabbul Jalil… Untuk ungkapkan kata-kata ini memang mudah, tapi mereka yang faham dan sedang diuji tahu nikmat ujian dan makna Ar-Rahman dan Ar-Rahiim..
    Mudahan iman dan jiwa sahabatku Zarina dan suami akan terus kuat dan bertambah kuat …seteguh Gunung Uhud..secekal Saydatina Khadijah secerdik Ali dalam memahami setiap detik pemberian Allah ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: