:: Special Edition’s Operation Day ::

image

Selepas 24 hari di NICU (neonatal icu), hari ni operation Amani aka mama’s special edition. Lama sungguh nak naik ke 1.6kg…
Mama tengok satu tiub dimasukkan via hidung ke paru-paru. Amani masih bernafas sendiri.. kira separuh sendiri separuh mesin.
Sempat juga nurse2 say bye kat Amani sebab lepas ni Amani akan ditempatkan kat ICU peadatrik, bukan nicu lagi… Nurse cakap, tenang je Amani, yelah kenit tu asik tidur je..
Lepas sign borang untuk bius, MO dr ida explain serba sikit tentang komplikasi yang mungkin dihadapi oleh Amani. Ini kerana saiz Amani yg kecil, kehilangan darah yg sikit akan beri kesan yg besar. Dalam hati, nak je cakap, saya boleh bg darah saya… Huh, tak sedar diri, baru lepas bersalin mana boleh derma darah…..
Dah pukul 3.30pm, mama belum lunch lg… Hari ni mama mkn steak kat Secret Recipe… Ini restoren paling dekat dgn bilik bedah. Pantang? Ok lah tu.. steak kambeng, mash potato, roti dan cappucino panas… Mahal, tapi tak ape lah, nak hilangkan gemuruh seorang ibu… ‘la ila ha illa anta, subha nakainni kuntu minadzolimin’…
Amani, mama tunggu kat luar ye. Doa mama ada bersamamu sayang….

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on December 31, 2011.

8 Responses to “:: Special Edition’s Operation Day ::”

  1. alaaahaaaaaaaaaaiii… kesiannya dak kenit kena tutup mata, masuk tiub…
    dalam gambar nampak besar … close-up ekk mama?

  2. Ina, maafkan biah sbb tak selalu bertanyakan khabar ina dan amani. Aduhh..tengok wajah comel Amani, rasa bersalah … Doa biah supaya luka operation Amani cepat sembuh.

    Amani, jiwanya kuat ..sekuat ibu dan ayahnya .. Mudahan jiwa itu akan terus kuat membakar semangat ibu dan ayah.

    Doa Makcik Bee sentiasa untuk Amani..serikandi dan pengaman jiwa Ibu dan Ayah

    • Aunty biah, no problem… Mama dah drive, senang nak visit amani… Alhamdulillah selesai 1 chapter… Banyak lg sub chapter mama nak kena lalui sebelum masuk chapter 2… Terima kasih utk doa aunty…

  3. amani, kalau tak de bulu kening takpe… kita boleh geng… aunty pun kekurangan bulu kening… hehe…

  4. zareen, terima kasih post gambar Nur Amani. Sedap sungguh nama puteri zareen! Azai dapat rasakan Nur Amani akan kuat .. sekuat semangat mamanya. InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: