:: Sindrom Down & Faktor umur ::

Baru-baru ni mama berbual dengan seorang medical officer yang mambuat rutin harian ke nicu… Doktor ni ditugaskan untuk menerangkan kepada mama tentang perkaitan ketidaksempurnaan pembentukan organ (duodenal atresia pada amani) dengan organ2 lain… Adeh, puas nak digest. Alhadulillah amani tiada masalah tiroid dan esofagus. Cuma usus, perut dan anus… Jantung pulak, mmg ada lubang cuma biasanya akan tertutup bila bayi semakin besar. Otherwise, kena buat operation.. Mengikut dr lagi, banyak kes sindrom down sekarang ni dari ibu2 muda bawah 30 tahun. Jadi, sekarang ini terdapat faktor lain selain dari umur (lebih 35) yg menjadi risiko mendapat anak ds. Namun, masih belum ada kajian tentangnya. Bagi mama, selain dari ujian, mama anggap ia sebagai cabaran. Walaupun amani masih di nicu, mama rasa mcm tak sabar pulak untuk ke kiwanis untuk dapatkan maklumat tentang anak2 ds ini. Semalam mama ke hospital untuk diambil sampel darah bagi operation amani.. sambil mama usik2 amani, seronok tengok amani marah sebab sejuk terkena tangan mama… Nurse tu cakap, “nakal budak ni…” Amani nakal? Agaknya mesti tangannya asyik menepis tiub oksigen dekat hidungnya… Moga amani dapat membesar dengan sempurna. Moga mama, babah dan keluarga dapat memberi kasih sayang yg maha sempurna kepada Amani.

Posted from WordPress for Android

~ by Zarina on December 29, 2011.

2 Responses to “:: Sindrom Down & Faktor umur ::”

  1. sesungguhnya anak adalah anugerahNya….apapun fizikalnya terimalah ia seadanya kerana hanya Dia yang maha mengetahui atas setiap pemberianNya…..moga ouan jadi ibu yang terbaik untuk anak puan……insyallah….

    • Terima kasih. Sesungguhnya saya bersyukur dgn kehadiran amani. Ia membuka lembaran baru dalam hidup kami sekeluarga dari segi pemikiran, kesabaran dan pengetahuan. InsyaAllah, saya pasti akan menjadi ibu terbaik untuk amani, di dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: