:: Hari Cuti Mama ::

“Jika Allah memakbulkan doamu, maka Dia menyayangimu. Jika Allah tidak memakbulkan doamu, maka Dia amat menyayangimu..” – petikan dari majalah wanita. Ehmmm, puas juga hendak menjadikan bait2 ayat diatas sebati dijiwa mama… Hari ini babah suruh mama cuti; cuti dari melawat Amani. Hati mama berat tapi memandangkan agak sukar untuk memegang bayi mama ini kerana jika mama buka tingkap inkubator akan mengurangkan peratus oksigen didalam inkubator, mama rasa tak mengapalah jika mama cuti hari ni. Sedar tak sedar dah 20 hari mama melahirkan Amani… Jika ibu lain, mereka pasti sedang sibuk mendodoi bayi, mama pula sibuk berulang alik ke hospital…. Walau sekadar mengadap dan mengusap bayi sejam sehari.. itu saja yg mama mampu buat… Orang asyik bertanya, siapa jaga dalam pantang? Pantang? Mama cuba jaga pengambilan makanan sebaik mungkin. Yang lain2, ala kadar saja. Orang kata kalau tak jaga nanti mudah sakit bila tua… Apa yang mama mampu buat sebenarnya? Kata seorang sahabat, inilah pengorbanan dan semangat seorang ibu. Semangat inilah yang menjadikan mama rasa sihat… Bila jiwa dan perasaan rasa sihat, secara tak lansung fizikal pun jadi sihat. Hari ni babah bawa kami semua (kecuali along) ke Pulau Carey… Ingat nak memancing tapi hujan pulak.. apa lagi, babah terus memecut ke Bagan Lalang… Huhuhu…. Esok mama lawat Amani ye….

~ by Zarina on December 24, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: