:: Bermula Cerita Kehidupan Baru ::

5.50 am, 4 dis 2011. Ketika azan subuh berkumandang, lahirlah bayi mama yg baru berusia 28 minggu. Walaupun para doktor berusaha utk melewatkan kelahiran, tiada siapa dpt menghalang kuasa Allah. Bayi mama lahir dgn berat cuma 1.38kg dan dia ditempatkan di icu sebaik sahaja dilahirkan.

Lepas 2 jam, baby dikeluarkan dr ventilator sbb dah stabil dan boleh bernafas sendiri. Alhamdulillah. Walaupun pakar pediatrik memberitahu baby mama ada ciri2 down syndrome, mama terima kerana mungkin inilah yg terbaik dr Allah. Cuma mama berdoa agar tiada komplikasi yg lain selain duodenal atresia dan keadaan dubur sy sangat sempit… Pakar bedah memberitahu mereka akan membuat 2 pembedahan. Pertama, menyambungkan usus dan perut dan kedua, membesarkan lubang dubur. Pembedahan pertama akan dibuat dlm masa terdekat, pembedahan kedua pula dlm masa beberapa bulan, atau bila berat bayi memuaskan.

Nur Amani, nama yg mama ingin berikan. Bersempena nama pelajar Arab yang mama kenali, yg penuh dgn ciri kelembutan dan kesopanan. Bayi inilah semasa didlm kandungan dulu, mama bawa berumrah, tawaf wada’ seblm pulang ke Malaysia, mama bawa berdoa ke depan Multazam dan didlm Hijr Ismail, mama bawa berdoa ke raudhah sambil mengunyah biskut dan minum air zam2…

Teringat lagi, ketika mama ke masjid utk solat subuh sejak pukul 4.30pg… Menunggu giliran ke raudhah beberapa jam, sehingga habis sebungkus cookies Americana.. pukul 8.30pg baru dapat kesempatan menjejak kaki ke raudhah. Kandungan ini yg mama bw bersolat eid di Masjidil Nabawi. Bersama kandungan ini juga mama bertungkus lumus khatam al-quran bermula pertengahan syaaban dan habisnya ayat terakhir di malam terakhir ramadhan di masjidil nabawi.

Namun setinggi mana doa yg mama panjatkan, tiada dpt mengubah ‘kunfayakun’ Allah sekiranya itulah qada dan qadarNya. Mungkin dalam byk2 doa yg mama mohon, satunya Allah makbulkan, iaitu mama bermohon agar Allah kurniakan anak yg bakal membawa kebaikan didunia dan akhirat. Mungkin anak inilah yg bakal membawa kebaikan kepada kami nanti.. insyaAllah… Hidup kita tidak berakhir di dunia, malah akan bermula disana nanti. Tidaklah mama perlu fikirkan masalah didunia ini kerana perjalanannya tetap akan tamat, tetapi perjalanan di.akhirat tiada garis penamat. Maka, redhalah wahai hati… Dan bersyukurlah dgn kurniaan Ilahi yg satu ini. Apa yg dikejarkan selama ini telah pun Allah kurniakan.

Setakat ini mama banyak terima sokongan padu dari kawan2 dan ahli keluarga. Perlahan2 mama akan berkongsi dgn ahli keluarga yg lain. Semoga bayi ini akan mendapat kasih sayang dr insan sekelilingnya secara berterusan, tidak kira siapa dan dimana jua beliau berada.

~ by Zarina on December 20, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: