:: Saatnya Makin Hampir ::

3 tahun dibumi barakah, amat sukar dilupakan.  Bagitulah yang dirasakan mama sekarang ini. 3 tahun bukan jangka masa yang sekejap. Perasaan sayang sudah hampir melekat dijiwa. Sayang akan ketenangan, persekitaran dan kehidupan disini. Paling sayang ialah Baitullah dan Masjidil Nabawi (yang jaraknya cuma 2 jam perjalanan dari Yanbu)

Namun, hidup mesti diteruskan. Keputusan juga perlu dibuat. Maka kami akan pulang ke tanahair selepas hari raya. Segalanya telah ditimbang.

Setiap kali ke Baitullah, mama tidak pernah lupa mendoakan agar kehidupan yang bakal diteruskan menjadi kehidupan terbaik untuk kami sekeluarga.  Juga membawa kebaikan kepada mereka yang rapat dengan kami.  Terima kasih kpd rakan2 di sini, atas cenderahati jam yang cantik ini.. Suka!

Cenderahati dari rakan-rakan

Banyak yang perlu dibuat, yang paling penting ialah anak-anak mama dapat mengadaptasi semula dengan alam persekolahan yg lebih kepada ‘exam oriented’ berbanding dengan sekolah sekarang.  Satu lagi masalah besar anak2 ni ialah penguasaan ‘vocab’ Bahasa Melayu yang kurang.. Jangan cakap lah perihal peribahasa..

Kedatangan ke sini kedatangan yang istimewa, semoga kepulangan ke Malaysia juga menjadi kepulangan yang istimewa..

~ by Zarina on June 19, 2011.

2 Responses to “:: Saatnya Makin Hampir ::”

  1. cantik tapi jgn simpan dlm kotak jek tau…. hehe… pakai nanti…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: