:: Cerita Hujung Minggu ::

Biasanya hujung minggu dinanti oleh semua… Ye lah, masa inilah nak ajak babah makan di luar (eh, banyak ke restoran kat sini, huhuhu) ataupun ke pantai sambil makan aiskrim.

Sementelah Along nak membeli hadiah –  ‘gift exchange’ untuk kelasnya, kami sekeluarga ke Yanbu Al-Bahar.. Ada banyak kedai alat tulis dan kedai-kedai cenderahati yang murah. Bajet yang ditetapkan ialah SR35.  Mama mencadangkan Along membeli beg tangan (yang sesuai untuk remaja).. Maka kami pun

beg untuk gift exchange kelas Along

pergi ke CityMax. CityMax terkenal dengan gedung pakaian dan perhiasan rumah. Dapatlah beg tangan berharga sr35.. Along suka..

 

Mama lagi suka sebab banyak jualan murah gaun kanak-kanak… Rambang mata, walaupun bukannya ada anak kecil. Murah! Amat Murah! Gaun-gaun impot (dari India, Bangladesh, Mesir, Indonesia, China) boleh didapati dengan harga < SR20. Kalau kat Malaysia jangan h

Batu-batu dijahit sangat cantik..

arapl ah. Antara yang mama beli ialah yang berikut:

Gaun dengan bunga embroidery

Lepas ke CityMax, kami ke restoran roti canai di kawasan pasar sayur. Tukang tebar roti canai di restoran tersebut pernah bekerja di Malaysia. Jadi, rasa kuah dal dan kuih vadei sebijik macam kat  Malaysia..  Lepas kenyang mengisi perut, kami membeli sedikit tulang (kambing) dari kedai daging segar… Memang daging yang dijual di Saudi segar, setakat ini belum pernah lagi kami ditipu apabila membeli daging. Di Malaysia, adakala daging segar dicampur dengan daging lama.

Di kedai inilah kami boleh mendapat paru (lembu, unta atau kambing) dengan harga yg sangat murah – 4 ketul paru SR10..  Kalau kat Malaysia, paru dijual timbang… disini dijual seketu-seketul. Inilah kedai daging tersebut.

Daging segar

~ by Zarina on June 9, 2011.

2 Responses to “:: Cerita Hujung Minggu ::”

  1. Along suka buat apa… beg tu utk org lain… hahaha… along dapat satu tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: