:: Cerita Graduasi Iyad ::

Iyad bergaya untuk majlis graduasi (tadika)

 

28 May lepas merupakan hari graduasi Iyad di Yanbu Elite International School (YEIS). Bukan main lagi nama sekolah tu padahal buat kat rumah je… Sekolah YEIS baru aje sebulan siap, di Yanbu Al-Bahr. Disebabkan Iyad perlu berkemeja putih dan berseluar hitam, mama beli set baju kot. Seronok bukan main lagi dapat baju baru.

Tapi mama rasa kecewa dengan majlis graduasi tersebut kerana sangat tidak terurus dan terlewat lebih 2 jam. Majlis yang sepatutnya bermula pukul 6 petang, terlajak ke 8.00 malam kerana pihak sekolah tidak berjaya membuat persediaan awal yang sepatutnya. Mereka hanya fokus kepada persembahan pelajar dan tiada siapa menguruskan aturcara majlis. Persembahan setiap kelas pula, mengambil masa yang lama.. sehingga pukul 9 mama tunggu majlis penyampaian hadiah, rasa sudah tidak tertahan lagi kelaparan. Iyad, Abid dan Along pun asyik merungut. Akhirnya kami membuat keputusan untuk pulang dan terus ke restoran Shaheen.

Apa pun, Iyad mendapat tempat ke-2 di dalam kelas, dengan pencapaian terbaik di dalam ‘phonic’, sains dan tingkahlaku..

Keesokannya – 29 May merupakan hari lahir Iyad.. Kapal terbang yang diminta Iyad telah dibeli sebelum ini (dengan harga sr12), maka Iyad asyik minta kek… Apa lagi, kek Star Market pun cukuplah… Harga material tidak penting, yang penting kita sekeluarga gembira dengan apa yang ada… Semoga Iyad menjadi anak yang soleh, yang membawa kebaikan kepada Islam dan semua orang disekeliling…

Happy Birthday Iyad..

 

~ by Zarina on June 9, 2011.

2 Responses to “:: Cerita Graduasi Iyad ::”

  1. tahniah Iyad… ambik tak cert nya dari sekolah? buat kenang-kenangan sekolah di sini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: