:: Memori Badr ::

Badr merupakan pekan bersejarah. Tidak keterlaluan jika dikatakan andainya Muslim tidak tahu sejarah Badr adalah buta sejarah. Di sinilah berlakunya peperangan pertama diantara Islam (dipimpin oleh Rasulullah) dan kaum Quraish (dari Mekah). Tentera Islam menang dengan gahnya, namun 14 daripada tentera Islam gugur syahid. Perkuburan syuhada Badar terletak didalam perkampungan Badr. Tidak sukar dicari,  namun agak sukar untuk berhenti dan meninjau kerana ia dijaga oleh pengawal. Jika bernasib baik, dapatlah meninjau… sebaliknya, hanya lalu sambil memberi salam. Setakat ini mama belum berkesempatan mengambil sebarang gambar, kerana kami akur apabila pengawal mengatakan telah habis waktu lawatan (padahal mana wujud waktu lawatan ke perkuburan!).

Selain daripada itu, Badr juga terkenal dengan bukit pasir yang cantik. Tidak perlu memasuki perkampungan Badr, bukit pasir boleh dinikmati de tepi lebuhraya Yanbu – Madinah.  Sungguh terpesona sekali menikmati keindahan bukit pasir ini.. Mama panjat setakat mana yang mampu. Memang mengah, kerana kaki akan terbenam ketika menapak naik ke atas, yang adakalanya mencecah ketinggian lebih dari 5 tingkat bangunan (tak reti nak ‘measure’  guna meter).

 

Tetap mempersona, walaupun gambar diambil guna hp.

                                              

Indahnya ciptaanMu ya Allah

Pasir, rumput, batu dan bayang...

Pasir hitam + coklat

Kesian tengok unta mencari rumput..

Seronok kalau dapat sampai ke puncak tu..

Masih ada kehidupan di bukit pasir yang luas, panas dan kering..

Mencari kehidupan dibawah terik mentari…

Gebu...

     

~ by Zarina on May 14, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: