::Umluj..oh, Umluj ::

Umluj merupakan salah satu daerah tepian Laut Merah yang terletak ke utara Yanbu. Jaraknya ialah lebih kurang 2 jam perjalanan dari Yanbu Al-Sinaiyah.

Keinginan hendak ke Umluj melonjak tatkala mama mendapat tahu ada remis di sana. Sebelum ini mama hanya ke pantai Al-Hasi (1.5 jam perjalanan dari Yanbu). Kehijauan pantai Umluj sama seperti pantai Al-Hasi.

Pantai Umluj memang dijaga rapi. Dan setengah kawasan pantainya dipenuhi pohon tamar. Cantik! Kami memilih kawasan yang dipenuhi pohon tamar. Kemudahan tandas awam dan wakaf memudahkan anak-anak untuk mandi.

Memang berbaloi perjalanan 2 jam kami, kerana keindahan pantai, kehijauan lautnya dan keredupan oleh pohon tamarnya.

Tepian pantai dengan pohon tamar dan wakaf yang mendamaikan

 
 
 
Sungguh mendamaikan. Walaupun agak panas, namun tiupan angin meneutralkan bahang yang menyapa muka.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kami menikmati nasi lemak, dan sambal      

Anak-anak bermain air. Along dengan sauk, Abid dengan Danial dan Babah pancing ikan dengan Iyad.

ayam yang dibawa oleh Kak Akma, isteri
abg Mustafa.
 
Mama hanya duduk ditepi pantai sambil mencari remis. Mengharap 2 tangan untuk mengorek pasir, menjadikan bilangan remis yang dijumpai tidaklah sebanyak mana.
 
 
Apa pun, anak-anak sangat gembira. Agaknya ini kali terakhir kami pergi kerana selepas ini sudah memasuki musim panas. Tak sanggup rasanya hendak berpanas dibawah terik matahari sekuat 45 darjah!
 
 
 
 

ketika air surut

~ by Zarina on May 6, 2011.

2 Responses to “::Umluj..oh, Umluj ::”

  1. summer tak sesuai dah pegi dah kan… okaylah, next winter or spring la camtu… jom kita… kekeke…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: