:: Hatiku Berbunga di Taif ::

Bunga liar merata-rata, terutamanya di Al-Shafa… Mana taknya hatiku berbunga.. Setompok-setompok bunga liar yang kebanyakannya berwarna kuning. Even rumput pun berbunga.. Sungguh indah sekali ciptaan Allah, walaupun bumi Saudi ini bumi yang gersang.

Bunga liar yang cantik

Bunga ape ye ni?

Mama ke Taif kali ini untuk melawat festival ros seperti yang diiklankan di Internet. Namun, hampa kerana festivalnya tidaklah seberapa… Banyak bunga-bunga biasa berbanding bunga ros. Taif memang terkenal di mata dunia untuk ros wanginya (rosa damascena). Mengikut sumber dari Internet, ladang-ladang ros (entah dimana) mengeluarkan berjuta kuntum bunga ros antara bulan April dan May.

Inilah ros Taif dari famili Rosa Damascena

Empangan Sisad sudah kering. Empangan yg terletak dalam kawasan ‘Taif National Park” ini dibina semasa zaman pemerintahan Umayyah. Namun sungai yang terdapat di luar taman ini masih mengalir laju. Banyak ikan melompat, dan banyak sayur selada air digigi air. Rasa seperti handak dikutip aje sayur itu..

Sayur selada air hidup subur di gigi sungai

Sisad Dam yang dibina semasa pemerintahan Umayyah

Bunga kaktus yang amat menarik perhatian mama (dan lalat)

Cantik masyaAllah.. bunga kaktus ini dijumpai di hadapan papan tanda Sisad Dam..

Kalau sebelum ni kami tak dapat masuk Shobra Palace, kali ni alhamdulillah… dapat masuk amik gambar…. Muzeum ni menempatkan artifak-artifak lama.. sama aje macam museum di Malaysia.

Sepanjang perjalanan, mama dan babah cuba menghafal surah Al-Kahf. Mama cuma dapat 4 ayat saja tapi babah dapat 8 ayat…

Apa pun, mama masih menaruh harapan untuk mencari di mana ladang ros yang diwar-warkan di Internet. Ramai sudah yang mama tanya.. Ada yang menjawab tidak pasti dan ada yang tidak membalas emel langsung. Tak apalah.. jika ada rezeki, adalah tu… InsyaAllah…

~ by Zarina on April 15, 2011.

2 Responses to “:: Hatiku Berbunga di Taif ::”

  1. wahhh, best mama n family cuti2 Arab kat Taif lagi🙂
    wape family convoy nie? bila laa agak ehhh nak sampai Taif
    sukelah tengok hasil buruan mama ngan senapang canggih nie…mantap!❤ falling in love gitewww

    • Ha memang best … lepas tu sakit pinggang (baru 2 minggu miscarriage)… Memang Taif best bagi yang suka nature. Masa bulan Nov – Feb, sejuk tapi takde bunga-bunga berselerakan.. Bulan Mac – May pulak dah tak sejuk (dan tak panas) tapi banyak bebunga ….
      Kami pegi ngan keluarga Aizal…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: