:: Nasi Ayam 30 Minit ::

Nasi Ayam Saffron

Pagi-pagi selalu mama kalut nak menyiapkan lauk untuk anak-anak bekal ke sekolah… Break satu, lunch meal satu… Nak pecah kepala kena fikir nak bekalkan apa tiap-tiap hari.

Antara kegemaran anak-anak ialah nasi ayam. Nak sediakan nasi ayam pagi-pagi, terpaksalah mama kreatif sikit. Jadi, inilah caranya mama buat. Tak perlulah mama tulis bahan-bahan kat sini, sebab sama saja dengan nasi ayam biasa.

Cara:

1. Rebuskan ayam (seekor, tak payah siang). Masukkan halia, bawang, garam. Boleh rebus malamnya.

2. Untuk nasi, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga di dalam butter.

3. Masukkan beras yang sudah ditoskan, kacau sebentar dan masukkan air rebusan ayam secukupnya. Masak macam biasa.

4. Ayam yg siap direbus,  angkat, dan letakkan kicap manis – saya guna tangan untuk pastikan kicap sampai ke semua bahagian ayam.

5.  Tak perlu perap ayam lama-lama, angkat, masukkan dalam oven dan bakar secukupnya.. kejap aje…  sapukan minyak zaitun ke atas ayam supaya tak kering sangat.

6. Lebihan kicap dari ayam tadi, campurkan sambal Extra Pedas Heinz, dan masak sekejap. Sambal Heinz ni, sebiji rasa sambal cili nasi ayam..  Tak perlulah nak kisar cili, dan masak lama-lama…

Maka, siaplah semua…  Bila nasi sudah ditanak, ayam boleh dibakar dan kicap boleh disediakan serentak. Tak percaya, cuba buat. Tak sampai pun 30 minit, semua siap.. Tinggal nak tambah sup bunjut dalam lebihan sup dan dipotong ayam yang sudah dibakar aje…

Nota: Mama letak saffron untuk dapatkan warna kuning nasi ayam.

~ by Zarina on April 8, 2011.

4 Responses to “:: Nasi Ayam 30 Minit ::”

  1. yumyumyumyum… menyelerakan nampak!
    bila nak merasa nasi ayam mama nie🙂 hihihihihi

  2. kak, brpe lame agak2 kite ovenkan ayam tu and brpe suhu oven tu erk.. tq

    • Akak pakai suhu standard 350F… Akak broil aje, so dlm 5-7 minit ayam tu dah coklat, terbalikkan for another <5 minutes…. Isi ayam tu lembut aje sbb tak goreng….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: