:: Kelana Syria III ::

Adehhh… Lepas entri Kelana Syria II, malasnya mama nak sambung bahagian III. Anyway, pengalaman berharga (bagi kami sekeluarga) tidak mahu dilupakan begitu saja..

Hari ke-3, hati berbelah bagi sama ada hendak ke Bludan Mountain atau ke Homs & Hama. Abu Abdullah (pemandu van) mencadangkan kami ke Bludan Mountain memandangkan cuaca agak baik. Jika hujan turun, tidak dapatlah kami bermain salji memandangkan jalan ke gunung menjadi licin. Keputusan muktamad dibuat, dipersetujui oleh Ust Fakhrul, agar kami ke Bludan Mountain… Yahoooo!! Eh mama pulak yang gembira teramat…

Bludan Mountain adalah antara salah satu gunung di Syria yang selalu menerima taburan salji yang agak tebal..  Jalan yang agak sempit, dan kawasan pergunungan ini banyak perumahan yang dibeli oleh warga Saudi …

Sebelum kami dibawa ke gunung ini, kami menziarahi maqam Nabi Allah Habil – anakanda Nabi Adam a.s, yang dibunuh oleh abangnya, Qabil. Pembunuhan berlaku di kawasan Jabal Arbain (tidak jauh dari Jabal Qasiyun) namun kami tidak berkesempatan menziarahi Jabal Arbain.

Semasa memasuki simpang ke Maqam Habil, kami perlu melalui pos tentera dan meninggalkan paspot kami disitu. Kalau tak silap, kawasan gunung dimana makam Habil berada, tidak jauh dari Bukit Golan yang menjadi rebutan antara Syria dan Israel.

Ramainya pelancong dari Iran (dikenali berdasarkan cara pemakaian mereka, dan batu yang dibawa semasa bersolat) semasa kami tiba di makam Habil.  Kami singgah sebentar,  memberi salam, melihat dan membaca doa untuk Nabi Allah Habil, dan terus bergerak ke gunung Bludan. Kami diberitahu bahawa Habil merupakan salah seorang nabi, dan selepas membunuh Habil, Qabil telah bertaubat dan juga menjadi salah seorang nabi. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi menyayangi.

"Dho-reh" maksudnya makam yang jasadnya ada disitu. Inilah makam dimana Habil telah dikebumikan oleh abangnya Qabil.

Makam Habil... panjang...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami meneruskan perjalanan ke gunung Bludan. Agak curam jalannya. Perumahan juga agak padat, dari jauh sudah nampak bukit-bukit penuh dengan tompokan salji.. Suhanallah cantik… Bagi yang sudah biasa ke tempat bersalji, mungkin tidak merasa apa-apa kelebihan tapi bagi kami yang ‘jakun’ ini, rasa sangat cantik…

Ha macam ni nak buat snowman...

Babah, anak-anak, Abu Abdullah, Ustaz Fakhrul dan unnamed snowman..

Sungguh indah kombinasi salji, bukit/tanah, awal tebal dan lagit biru.. Subhanallah

Anak-anak mama

Alhamdulillah.. sampai juga niat mama nak bawa anak-anak main salji.  Sambil makan badam, walnut dan buah tin segar yang dijual oleh lelaki berbangsa ‘barbarian’ – dia yang cakap.. sebab bangsa ni tinggal di atas pergunungan yang kurang fasiliti..

Semasa dalam perjalanan balik, Abu Abdullah membawa kami singga ke satu gua yang yang ditebuk oleh 1 kaum (tak pasti pulak kaum apa, tapi rasanya penganut Krisitian sebab banyak ukiran patung2 berkaitan Kristian di dalamnya)… Ada bahagian dalam gua ini dipenuhi air, jadi kami menaiki sampan dengan bayaran 5 lira seorang. Sekadar memenuhi keinginan anak-anak… Sejuknya di dalam gua ini, 2 kali ganda sejuk dari luar yang bersalji..

Gua Musa - Sejuknya, bibir Abid dah biru..

Ada servis naik sampan dengan bayaran 5 lira seorang

Kami pulang dengan perasaan yang sungguh indah.. pemandangan, pengalaman dan alhamdulillah….

Kelana Syria IV akan menyusul ke Maalula, Homs dan Hama…

~ by Zarina on April 7, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: