:: Janganlah Bersedih ::

Tatkala menghayati video klip dibawah ini, sedikit merubah perasaan dan pemikiran kearah ketenangan. Kadangkala hati ini tidak dapat lari dari memikirkan apa yang tiada, berbanding dengan apa yang ada..

Banyak mana hendak dicari wang dan harta? Jika pun banyak yang dapat, mampukah hati redha untuk berkongsi dengan mereka yang lebih berhak? Takut harta semakin susut… Takut kebahagiaan semakin hilang.

Kebahagiaan itu suatu yang subjektif… Jika semasa kecil, nasi berlaukkan telur goreng (dari reban ayam) amat sedap sekali. Sungguh! Tak perlu ayam golek, kari ikan bawal, daging masak lada hitam… Bahagianya dapat menghidu aroma telur dadar yang wangi semerbak keseluruh bahagian rumah.

Kata Hamka “Lihatlah bagaimana Allah membahagikan nikmatnya!”

Jangan biarkan orang lain mentafsirkan kebahagiaan diri kita. Kita yang merasainya…

Hidup sekarang bukanlah untuk 10 tahun akan datang, tetapi hidup sekarang adalah sebagai persediaan untuk ke sana… Janganlah bersedih dengan apa yang tiada, tetapi bersyukur dengan apa yang ada..

~ by Zarina on April 5, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: