:: Primitif namun berkesan ::

Semalam mama ke klinik lagi. Proses membuat temujanji dengan doktor agak primitif, namun berkesan untuk menangani sikap warga tempatan yang suka berebut dan bergaduh untuk perkara kecil sekalipun. Proses yang dimaksudkan ialah:

– Dapatkan kad yang bertulis nombor 1 – 30 di kaunter sebelum pukul 8 pagi. Biasanya pada 7.30 pg, kaunter telah dibuka.

– Pada pukul 8 pagi, kerani bertugas akan memanggil setiap pemegang nombor, bermula dari nombor 1. Dan pemegang nombor ini akan memilih slot temujanji dengan doktor. Biasanya para suami kepada pesakit yang  datang membuat temujanji.

– Pesakit akan datang seketika sebelum waktu temujanji yang telah dibuat oleh suami mereka.

Kaedah ini agak primitif kerana menggunakan kad nombor, menunjukkan siapa yang datang dulu. Berdasarkan nombor giliran ini, barulah mereka membuat temujanji di atas buku log yang disediakan. Ini kerana sikap orang di sini yang suka berebut di kaunter. Jika yang datang serentak, mereka akan bergaduh untuk mendapatkan slot temujanji. Bergaduhlah didepan kaunter, didepan orang ramai.

Walaupun kaedah primitif ini berkesan, masih juga ada pergaduhan kecil ketika merebut kad nombor.. masing-masing tidak mahu mengalah mengatakan mereka datang lebih awal. Nampak seperti kanak-kanak berebut tempat duduk.  Tersenyum sendiri ketika melihat pergaduhan mulut antara mereka.

Ada juga yang tidak datang pada waktu yang dia sendiri pilih, lalu terus ke bilik doktor, mengetuk pintu doktor, dengan harapan doktor akan melayannya. Sungguh mereka ini tidak mahu mengikut peraturan yang telah ditetapkan, sehingga mengganggu tugas doktor.

Kadangkala mama tidak tahu bagaimana hendak mendefinisikan bangsa mereka ini. Bertamadun kah mereka? Peralatan di hospital / klinik sangat canggih. Semuanya ada. Namun perlaksanaan perkara yang simple pun terpaksan dilakukan secara sangat manual. Semoga satu hari nanti bangsa ini berubah kearah yang lebih baik…..

~ by Zarina on March 31, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: