:: Kelana Syria II ::

Hari ke-2, kami memulakan perjalanan ke Aleppo atau Halab. Mulanya kami diminta membuat pilihan samada hendak ke Bosra atau Aleppo. Dimasq – Bosra mengambil masa 2 jam, manakala Dimasq – Aleppo mengambil masa 5 jam.

Susah juga hendak membuat keputusan. Aleppo ke arah utara manakala Bosra ke arah selatan. Di Bosra terdapat Ampiteather seperti Roman Theater (Jordan), dan sedikit peninggalan sejarah Islam, iaitu biara Bahira, seorang ‘monk’. Semasa Rasululllah masih kecil, baginda telah dibawa pakciknya berniaga ke Syria. Sesampai mereka ke Bosra, Bahira telah mengenalpasti tanda-tanda kerasulan yang terdapat pada Rasulullah, lalu memberi nasihat kepada Abu Talib supaya berhati-hati. Ini kerana jika diketahui oleh pihak Yahudi, tentunya Rasulullah akan dibunuh mereka. Abu Talib lalu terus meninggalkan Bosra dan pulang ke Mekah. (http://www.islamiclandmarks.com/syria_bahira_monastery.html)

Kami mengambil keputusan ke Aleppo, kerana mama amat tertarik dengan struktur Citadel Aleppo yang sangat unik. Ia merupakan kubu semata-mata, yang didirikan sebelum zaman pemerintahan Khalifah Umayyah.

Kami melalui ladang-ladang pistachio dan gandum yang menghijau. Pokok pistachio hanya tinggal batang dan ranting kerana musim sejuk. Pemandangan gunung-ganang diselaputi bekas salji menghiasi pemandangan di sepanjang jalan.

Ladang pistachio. Syria merupakan pengeluar pistachio ke-4 terbesar didunia.

Di pertengahan jalan, kami berhenti untuk menziarahi Maqam Khalifah ke-8, Khalifah Umar bin Abdul Aziz (cicit kepada Saidina Umar Al-Khattab, cucu kepada wanita pemerah susu yang dikahwinkan dengan anak Khalifah Umar Al-Khattab). Pemerintahan beliau hanya selama 20 bulan, namun dirasakan seperti 20 tahun oleh rakyat Syria kerana keadilan yang tiada taranya. Beliau mewarisi sifat Khalifah Umar yang sangat adil, sehinggakan ada ketikanya, tiada rakyat yang layak menerima zakat. Maka, gandum-gandum ditaburkan ke gunung sebagai makanan burung. MasyaAllah… di zaman sekarang, ramai sangat yang susah dan miskin. Tentunya indah hidup ini bila orang kaya sentiasa ingin bersedekah dan orang miskin sentiasa rasa cukup.

Kisah Khalifah ke-8, Saidina Umar Abdul Aziz

Suhu disekitar kampung yang menempatkan maqam Khalifah Umar amat sejuk sekali, rasanya menghampiri 0 darjah. Menggigil kami dibuatnya.  Dan pemandangan sekitaran yang indah diselaputi kabus… Subhanallah…

Dari jauh, kelihatan Citadel Aleppo, sungguh gah sekali.. Tak sabar nak masuk!  Citadel merupakan kubu yang dibina dengan parit dikelilingnya. Hanya terdapat 1 laluan masuk bertangga. 

Citadel Aleppo

Di dalam kubu ini, terdapat pelbagai kemudahan seperti balai rong, hammam diraja (spa tradisional), masjid, tempat simpanan haiwan ternakan, ampitheater dan banyak lagi. Tak mampu nak menerokai semunya. Apa yang pelawat ingin lihat ialah  hammam yang mempunyai rekabentuk unik, berteknologi tradisional yang agak canggih! Sukar hendak diceritakan disini, hanya mereka yang mewlawatinya yang faham.

Dibawah kubah ini merupakan spa tradisional berteknologi canggih.

Kelihatan benda-benda bulat – merupakan kaca yang menyalurkan cahaya kedalam spa di bahagian bawah.

Sebenarnya pemandangan di dalam Citadel ini sangat cantik bila tiba musim bunga kerana rumput dengan bunga-bunga kecil akan tumbuh meliar. Namun pada musim sejuk, tidaklah dapat mama menikmati pemandangan ini. Antara gambar yang diambil di dalam Citadel adalah yang berikut:

Pemandangan di dalam Citadel Aleppo

 Kami juga menziarahi Masjid Umawi, yang dibangunkan semasa zaman pemerintahan Umayyah, sama seperti Masjid Umayyad. Bezanya ialah, didalam Masjid Umawi, ditempatkan maqam Nabi Zakaria.

Maqam Nabi Zakaria

Juga terdapat souk tradisional yang menjual barangan tempatan, yang paling terkenal ialah sabun dan kosmetik daripada minyak zaitun serta kekacang, terutamanya pistachio dan wallnut. Boleh dikatakan kebanyakan pekedai mengenali wajah orang Malaysia. Agaknya ramai pengunjung Malaysia, berbanding Indonesia. Jika di Saudi, kebanyakan pekedai akan meneka mama sebagai orang Indonesia.

Souk dan kilang sabun

Seperti biasa, mama tidak banyak membeli kerana bukan itu tujuan sebenar kedatangan ke sana…. Banyak ilmu yang ditimba, itu yang dicari….

~ by Zarina on March 29, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s