:: Kelana Syria I ::

Dah lama nak tulis entry ini, tapi tahap ke’rajinan’an agak terlampau.  Tak apa lah, biar lewat asalkan pengalaman ini tetap dilakarkan.

Kenapa Syria? Ehmm, dalam banyak-banyak negara Middle East, kenapa Syria yang dipilih? Sebenarnya sudah lama mama ingin ke negara bersalji. Antara negara Middle East terdekat dengan Saudi yang bersalji ialah Jordan (sesetengah kawasan), Syria, Lebanon..  Pada tahun ini, Tabuk juga dihujani salji (subhanallah) namun tiket ke Syria sudah dibeli, maka kami ke Syria jua (5 Feb – 9 Feb 2011).

Syria dipilih kerana agak dekat dan tambang tidak begitu mahal. Syria juga mempunyai banyak kesan peninggalan sejarah Islam. Dimasq (Damsyik atau Damascus) merupakan ibu negara Syria, yang mana pada masa dahulu merupakan pusat pemerintahan di zaman Khalifah Umayyah.

Hari pertama di Syria, kami dibawa menziarahi Masjid Umayyad, Souk Hamidiah dan Jabal Qasiyun.

Masjid Umayad merupakan masjid yang mempunyai rekabentuk islamik paling pesar di dunia. Sudah tercatat di dalam hadis, mengatakan Nabi Isa a.s akan diturunkan di menara putih di Dimasq, dan ramai ulama merujuk menara putih tersebut sebagai menara putih yang terdapat di Masjid Umayad. Imam Al-Shafie juga dikatakan banyak menghabiskan masa menulis kitabnya di kawasan Masjid Umayad ini.

White Minaret - Umayyad Mosque

Di dalam masjid ini juga terdapat Maqam (hanya kepala) nabi Yahya. Semasa pemerintahan Khalifah Muawiyyah,  masjid ini telah diperbesarkan. Semasa proses pembangunan masjid ini, pekerja-pekerja telah menjumpai satu peti yang mana terdapat surat yang menyatakan bahawa didalam peti besi tersebut terdapat kepala Nabi Yahya. [Nabi Yahya mati dibunuh oleh pembantu Raja dizamannya]. Maka Khalifah Muawiyyah telah memerintahkan agar kepala tersebut dikebumikan di mana ia dijumpai…

Maqam Nabi Yahya

Di salah satu sudut luar Masjid Umayyah, terdapat juga maqam panglima perang Salahuddin Al-Ayubi. Siapa yang tidak kenal akan Salahuddin? Panglima perang Islam Sunni yang mengembalikan tampuk pemerintahan Syiah kepada Sunni (http://saifulislam.com/29) dan membawa pengaruh besar dalam perkembangan Islam di dunia. Beliau juga tidak memandang kemewahan dunia, sehingga mana ketika beliau meninggal, beliau hanya mempunya 1 dirham. Maka duit Baitul-Mal telah digunakan untuk menyempurnakan pengkebumiannya.

Jika dilihat di sekitar negara-negara di Timur Tengah, terdapat beberapa kubu yang dibina oleh Salahuddin. Antaranya ialah Aljoun Castle di Jordan. Di Mesir juga terdapat kubu Salahuddin.

Maqam Salahuddin Al-Ayubi

Raja German juga pernah menobatkan Salahuddin sebagai Panglima perang yang masyhur. Disebelah maqam Salahuddin, terdapat satu tugu berbentuk kubur diperbuat daripada marmar, yang dihadiahkan oleh raja German kepada Salahuddin ketika beliau menziarahi maqam Salahuddin, sebagai lambang pernghormatan terhadap keberanian Salahuddin.

Souk Hamidiah merupakan pasar tradisional yang menawarkan produk-produk buatan tempatan. Syria merupakan negara yang agak tertutup. Walaupun kami diberitahu penduduk Syria agak miskin, namun tidak langsung kelihatan orang luar yang berniaga. Penduduk tempatan bekerja keras mencari sesuap nasi dan berusaha menghasilkan produk-produk dari tangan mereka sendiri, menjadikan barang-barang keluaran tempatan berharga agak murah. Mereka patut berbangga kerana tidak perlu mengimpot barangan dari China (seperti di Saudi).

Antara barangan keluaran tempatan yang terkenal di Souk Hamidiyah

Selain itu, kami juga dibawa ke Jabal Qasiyun. tidak begitu tinggi namun dari bukit ini, kami dapat melihat bandar Dimasq yang terhampar luas. Namun, ketika kami sampai, kabus agak tebal, menghadkan pandangan kami.

Destinasi seterusnya akan bersambung dalam Kelana Syria II…..

~ by Zarina on March 29, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s