:: Musim-musim Kurang Sihat ::

Sejak kepulangan dari Mekah baru-baru ini, mama dan babah asyik batuk.. Sampai sekarang belum pulih, mama pula terkena selsema.. sebelum ke Mekah, mama kena cirit-birit sehingga demam.. tapi alhamdulillah disaat hendak ke Mekah, semuanya kembali sihat. Sepanjang perjalanan, babah pula sakit telinga. Ingatkan disebabkan perubahan cuaca dan tekanan yang mendadak, rupanya terkena infeksi. Telinga babah berdarah semasa mengerjakan saie.

Mungkin musim agaknya.  Sekarang ini sepatutnya sudah memasuki awal musim panas. Namun begitu, hujan masih turun di Mekah. Pada hari kedua mama di Mekah, hujan turun sangat lebat.. dan itu sudah memasuki 3 malam berturut-turut hujan membasahi bumi barakah ….

Kesan perubahan musim dapat dirasai dengan angin kuat setiap petang  dan malam. Dan ribut pasir yang kerap melanda. Setiap petang, dedaun tingkap yang diperbuat daripada kayu akan berdentam-dentum, menandakan kencangnya angin diluar sana.. kadangkala menghasilkan bunyi yang menakutkan..

Agaknya disebabkan habuk dan pepasir halus yang beterbangan ini, batuk mama sukar berkurang. Madu + lemon sudah diambil… madu + halia juga sudah diambil namun tidak menunjukkan tanda berkurang. Malam-malam sukar melelapkan mata kerana diganggu batuk yang berpanjangan.. Mama harap sangat perkara ini tidak membawa sebarang kesan kepada bayi di dalam kandungan…

Tunggulah sehari dua lagi, jika masih berterusan, mama akan berjumpa doktor..

~ by Zarina on March 24, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: