:: Seorang Makcik Bersolat ::

2 minggu lepas, mama ke Madinah lagi… cari apa ya?  Owh, ada program KEMAS untuk anak-anak … Program Kem Anak Soleh selenggaraan pelajar Universiti Madinah.

Kesempatan itu kami ambil untuk bersolat Jumaat di Masjidil Nabawi. Mama berkeseorangan ke bahagian perempuan di luar Masjid, anak-anak tinggal di hotel. Cuaca yang agak nyaman di luar masjid, lalu mama membuat keputusan untuk solat dia luar perkarangan masjid.

Kain serban yang mama bawa, mama hamparkan seluasnya supaya dapat menumpangkan seorang lagi disebelah mama. Tiba-tiba ada seorang makcik meninjau mencari tempat solat… Mama mencuit kakinya, memberikan tempat sebelah mama kepadanya. Dia tersenyum, lalu duduk sambil melunjurkan kakinya, menampakkan stokin hitam.

Aduh… ‘wanginya’ stokin makcik ini… agaknya lama dipakai bersama kasut tertutup.. tak apa lah, beliau hanya seorang tua yang tidak perasan perkara ini agaknya.. Lagipun, bukannya bau najis…

Kaki yang dilunjurkan, menandakan beliau tidak kuat untuk solat berdiri. Seperti biasa, beliau mula bersolat, sudah tentu solat sunat .. beliau mengeluarkan sebiji batu ..Owh! Orang syiah lah ini… Orang syiah akan bersujud di atas batu yg mereka bawa kemana-mana, melambangkan sujud diatas tanah. Dan mama pernah diberitahu bahawa batu itu ditempah khas dari tanah bumi Karbala! Suci agaknya pada pandangan mereka.

Mata mama asyik mengerling makcik ini, hati ingin mengetahui bezakah cara mereka bersolat? Ehmmm pergerakan solat sama seperti Sunni, cumanya, apabila tiba waktu sujud, bukan kepala yang ditunduk, tapi batu yang dibawa ke dahi.. Waduh, ini menjadikan kedudukan sujud lebih tinggi dari kedudukan ruku’.

Entahlah mama hanya boleh bercerita, namun untuk memberi pandangan betul atau tidak, rasanya seperti tidak layak. Sebagai orang biasa, mama hanya memerhati… Namun, tidak tahu apa yang difikirkan makcik itu, tiba-tiba sahaja dia bangun.. agaknya tidak selesa apabila melihat mama mengerlingnya… Lega juga, kerana tiada lagi bau ‘wangi’ menusuk hidung… ha ha ha….

Keinginan untuk mengetahui bagaimana Syiah mula berkembang menemukan mama dengan artikel ini… http://saifulislam.com/29 . Alhamdulillah, dapatlah sedikit ilmu, walaupun kecil tetapi signifikan untuk dijadikan bahan ilmu kepada anak-anak.

~ by Zarina on March 16, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: