:: Salam Maulidurrasul ::

يانبى سلام عليك
يارسول سلام عليك
ياحبيب سلام عليك
صلواةالله عليك

Hampir 3 tahun menetap di tanah Saudi ini, peluang menziarahi Masjidil Nabawi dan Maqam Rasulullah sentiasa terbuka luas. Alhamdulillah!  Tiada nikmat seindah bahasa yang boleh diungkapkan.

With regards visiting Madinah and performing the Ziyarah (visiting the grave of the Holy Prophet (s.a.w.)), the Prophet (s.a.w.) said:

“Whoever visits me after my death is like he who had visited me during my life.” [Tabraani]

“Whoever performs his Hajj in Makkah, then comes to Madinah with the sole aim of visiting me in my Masjid, for him shall be written (the rewards of) two accepted Hajj.” [Daylami]

“When a person stands at my grave reciting blessings on me, I hear it; and whoever calls for blessings on me in any other place, his every need in this world and in the hereafter is fulfilled and on the day of Qiyamat I shall be his witness and intercessor.” [Bayhaqi]   (http://www.islamiclandmarks.com/madinah_roza_mubarak.html)

Sungguh berbeza sekali perasaan apabila berada dekat dengan Tanah Haram. Hati rasa seperti lebih tenteram dan tenang. Sungguh beruntung mereka yang tinggal dan menetap di Saudi ini.

Namun, bagaimana hendak mengekalkan rasa seperti ‘dekat’ dengan pemimpin tercinta ini? Antaranya ialah dengan kerap membaca sejarah Rasulullah, dan juga buku-buku berkenaan para sahabat, wanita sekeliling Rasulullah serta cerita berkenaan isteri-isteri Rasulullah. Semakin banyak pengetahuan tentang Rasulullah dan kehidupannya, insan2 sekitarnya, insyaAllah rasa ‘dekat’ itu akan kekal.

Menziarahi maqam Rasulullah serta berteleku di Raudhah merupakan nikmat terbesar.  Selain itu, menziarahi maqam2 para sahabat.. Alhamdulillah mama berkesempatan menziarahi maqam Khalifah Muawiyah, Panglima Khalid Al-Walid (Saifullah) dan muazzin Saidina Bilal bin Rabah baru-baru ini. Pengetahuan tentang sejarah sahabat2 ini membuatkan kita berasa amat sayang kepada Rasulullah. Percayalah! Kerana sahabat2 Rasulullah sanggup berbuat apa saja untuk Rasulullah.

Apa yang kita ada sekarang ini? Sunnah, ingatan dan salawat saja yang mampu kita lakukan. InsyaAllah, semoga kita tergolong didalam golongan insan yang beroleh syafa’at Rasulullah. Ameen.

 

~ by Zarina on February 15, 2011.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: