The treasure of Taif…

Taif seumpama Cameron Highland, Malaysia… Suhu yang nyaman antara 13 – 25 darjah dan akan lebih sejuk diwaktu kemuncak musim sejuk. Walaupun telah ke Taif tahun lepas, mama tidak pernah bosan bila ke Taif. Tahun lepas kami (mama dan keluarga) hanya ke Al-Shafa dan Al-Hada, kali ini kami melawat beberapa tempat sejarah berkaitan dengan pendakwahan Rasulullah di Taif.
Semua sudah tahu bahawa Rasulullah telah ke Taif untuk berdakwah, namun beliau telah dihalau serta dibaling batu oleh penduduk Taif yang tidak mahu menerima Islam.
Rasulullah telah berehat di satu tempat, dan disitu didirikan sebuah masjid yang dinamakan Masjid Quo’ (mermaksud siku). Kerajaan Saudi berupaya menutup masjid tersebut kerana tidak mahu orang ramai memuja kewujudan Masjid tersebut.

Masjid Qu'o

Insan pertama yang memeluk Islam di Taif bernama Addas (seorang Nasrani). Beliau yang menghulurkan segugus anggur kepada Rasulullah selepas dibaling batu oleh penduduk Taif. Telah dibangunkan sebuah masjid dengan nama Masjid Addas, bersempena dengan nama Addas (nama islamnya ialah Abdul bin Abbas). Namun kami tidak menemui masjid ini…
Abdullah Ibn Abbas pula merupakan sahabat, juga sepupu nabi. Beliau merupakan utusan Nabi yang telah mengislamkan penduduk Taif. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Taif, dikuburkan di Taif dan disitu telah dibangunkan Masjid Ibn Abbas.

Masjid Abdullah Ibn Abbas

Terdapat juga perpustakaan Ibn Abbas yang menempatkan puluhan kitab lama tulisan tangan serta batu-batu bersurat tulisan arab yang pertama dijumpai di Taif. Selain itu, perpustakaan Ibn Abbas juga menyimpan Sahih Bukhari tulisan tangan… MasyaAllah, hebat sekali insan bernama Abdullah ibn Abbas ini.

Salah satu pemandangan di Al-Shafa

Sesampainya di Al-Shafa, rasa seperti hendak terus tinggal disana..  Manakan tidak? Suhu nyaman 18 darjah sudah tentu

menggamit perasaan..

Pemandangan di Al-Shafa sangat indah masyaAllah..

berada dipergunungan sebegini membuatkan

kita berasa seperti hendak terbang bagai burung…

Pemandangan gunung ganang ini saujana mata memandang……..

~ by Zarina on November 26, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: