Bicara hati melalui Facebook?

Facebook bukan lagi sekadar medan perkongsian ilmu… Ramai juga menjadikannya medan luahan perasaan dan emosi. Sudah lama mama tidak mengemaskini status kerana rasanya is bukanlah saluran yang sesuai berkongsi emosi. Segan rasanya bila seluruh dunia mengetahui situasi kehidupan kita, yang kadangkala patut menjadi rahsia diri sendiri, keluarga atau teman rapat. Paling tidak professional, pengumuman rasmi juga diwar-warkan melalui facebook, sehingga 1 dunia telah tahu, tapi teman sepejabat??

Abid dan Along selalu merengek kerana tidak dibenarkan membuka akaun facebook. Apa yang boleh difikirkan oleh budak 10 dan 7 tahun tentang ketelusan dan keterbukaan yang ditawarkan oleh facebook? Alasannya ialah untuk bermain ‘game’, padahal ‘online game’ boleh dicapai bila-bila masa. Mungkin ada yang tidak setuju, namun bagi mama biarlah anak mama tidak didedahkan kepada penggunaan facebook, walaupun alasannya hanya untuk bermain ‘game’.

Memang patut pun beberapa tokoh agamawan mencanang-canangkan tentang penggunaan facebook yg mampu mambawa impak besar di ‘sana’ nanti… Apa yang sedang kita lakukan didunia, kesannya akan berakhir di akhirat… Husshhhh… takut mama! Nauzubillah..

Biarlah mama gunakan facebook sebagai saluran perkongsian ilmu2 yang baik… sebagai saluran perkongsian lakaran alam ciptaan Allah. InsyaAllah semoga menjadi medan menambah baik taraf keimanan….

~ by Zarina on October 29, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: