Sindrom anak ke-2?

Bahasa Inggeris nya dipanggil ‘second cild syndrome’…. Apabila mengalaminya sendiri, sekarang ini barulah terasa sukarnya hendak membentuk sahsiah anak ke-2 ini, iaitu Abid. Selalu juga mama berbincang dengan babah, apa lagi yang kita kurang berikan pada Abid… rasanya dia lah yang selalu mendapat yang lebih kerana Along banyak mengalah.

Jika merajuk, sanggup menangis dan merengek berjam-jam… ada kalanya mengungkit kisah2 silam yang dia tidak puas hati…
Jika disuruh, ada saja alasan untuk mengelak… Kadang-kadang, kita paksa juga, tapi hasilnya 100% mengecewakan… Selalunya tak dimakan dek marah…  
Ketika menyiapkan homework, tulisannya … ‘cantik’ teramat.. salah pun malas nak padam, kita yang kena padamkan..
Jika orang lain dipuji, dia akan senyap-senyap merajuk …
Jika dibandingkan dengan Iyad, bezanya mereka berdua… Iyad akan membuat sesuatu jika dia rasakan dia patut buat.. Contohnya, membuang sampah tanpa disuruh…
Puas difikirkan bagaimana hendak membentuk Abid ini… Harapannya ialah pada doa mama setiap hari, agar Abid membesar menjadi anak yang berguna.. begitu juga Iyad… InsyaAllah…   Doa seorang ibu itu kan mustajab…

~ by Zarina on October 24, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: