Kepulangan Yang Indah…

Sejak menjejak kaki ke sini, malas betul nak update blog… Line merangkak2…. apatah lagi nak upload gambar… berpeluh dibuatnya. Alhamdulillah, kepulangan selepas cuti ni kami mulakan dengan umrah dan ziarah ke Madinah. Sementara belum masuk Zulkaedah, nanti jemaah haji akan mula membanjiri Madinah dan Mekah..

Mekah belum lagi sesak ketika kami sampai. Alhamdulillah, dapat pula bilik 4-katil dengan harga SR120 dan jaraknya dalam 100m ke Masjidil Haram – pintu 1.

Mulanya nak bawa Along mengerjakan umrah sekali tapi memandangkan beliau belum bersedia, mama hanya membawa Along dan Abid tawaf sunat. Sementara tu, babah dan Iyad menunggu kami di dalam Masjid. Alhamdulillah, dengan 2 anak ini, pengawal keselamatan memahami dan membiarkan mama bersolat dan beriktiqaf agak lama di dalam Hijir Ismail.

InsyaAllah, selepas Raya Haji nanti, mama akan membawa Along untuk berumrah bersama2. Mulai sekarang, kena lah mama ajar serba sedikit tentang umrah kepada Along. Untuk Abid pula, kami ingin memakaikan ihram untuknya, walaupun beliau masih belum faham makna umrah ini… Pasal Hajarul Aswad aje pun letih mama  nak membuatnya faham…..

Selepas solat Jumaat (pertama kali untuk mama), kami beransur pulang….

Minggu hadapannya, kami ke Madinah pula…  ziarah Maqam Rasulullah… Kami sampai ke Masjidil Nabawi lebih kurang pukul 9 pagi. Dengan hati yang agak gusar kerana takut pintu untuk ke Raudhah sudah ditutup untuk wanita, mama berjalan laju… Alhamdulillah, jalan keluar dari Raudhah belum ditutup, tentu Raudah masih dibuka untuk wanita… Ya, tak ramai dalamRaudah.. Kesempatan itu diambil sewajarnya untuk bersolat dan berdoa di karpet hijau!

Kurniaan yang tidak terhingga ini menjadikan kepulangan kali ini sebagai kepulangan yang sangat indah! Terima kasih ya Rabb…..

~ by Zarina on October 13, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: