:: Akhirnya, Pakcik Mat Kawen ::

Anak-anak mmanggilnya pakcik Mat… nak balik kampung, mereka sebut nak balik rumah pakcik Mat… sebab Tok dah takde, jadi balik rumah pakcik Mat… 

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar… penat memang penat walaupun bukan tugas mama menguruskan kenduri. Semua ahli keluarga terlibat… terlibat dalam merancang, mengingatkan apa yang patut, membeli apa yang patut, menghias apa yang patut, dan memasak apa yang patut… 

Seronok bila semuanya dapat berkumpul…. anak-anak saudara pun ringan tangan membantu… Paling seronok melihatkan anak2 yang belajar cara hidup di kampung… menaiki basikal, memanjat pokok dan bermain masak2… aktiviti permainan yang tidak perlukan peralatan canggih… 

Mama sekadar dapat menyediakan hantaran… puas juga berulang-alik ke kedai bunga.. ada saja yang terkurang … Apapun, rasanya cukup puas hati kerana kombinasi warna biru + putih yang sungguh menyerlah.. Walaupun hiasan yang simpel.. 

Dan tepak sireh yang tidak dapat disediakan, mama hanya sempat menyediakan sireh (junjung) yang tidak berjunjung.. sireh kotak… sebab bentuknya kotak… 

Sireh kotak.. ganti tepak sireh...

 

 Tanpa ganding bahu yang tidak mengira penat lelah, tentu majlis tidak selancar yang dirancangkan.  Moga Allah membalas jasa semua.

Album Adore - Duit Maskawin Album ni diterbangkan jauh dari Saudi... cuma ada kat negara timur tengah aje brand ni...

 

 Dan coklat ini menjadi pujaan para semut… hingga tak tahu nak sorok dimana…

Coklat Solourah From Saudi

Tersilap sikit aja, ade je yg dah terpenyek… terpaksa buka dan ganti dengan coklat galaxy… 

Moga pakcik mat dan makcik julia hidup bahagia sampai akhir hayat….Aminn….

~ by Zarina on July 30, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: