:: Ziarah Musim Panas ::

Walaupun pada mulanya kami berkira2 untuk ziarah ke Madinah kerana panas, akhirnya babah buat keputusan untuk pergi juga, dengan syarat kena bertolak seawal pagi dan pulang sebelah malam..

Kami bertolak 6.30 pagi dengan bekal roti bakar kegemaran anak2… Setelah sampai, terus sahaja ke in Dawood untuk menukar Jordan Dinar ke Saudi Riyal. Sambil2 tu, mama meninjau beberapa pasang abaya untuk dibawa pulang nanti.. Boleh dikatakan kebanyakan pekedai di Bin Dawood telah mengenali kami sekeluarga, terutamanya Iyad. Agaknya kerap betul kami ke Bin Dawood….Ada yg mengejar sambil mendukung Iyad….

Pukul 11, kami bergerak ke Masjidil Haram. Mama hanya solat diluar, memandangkan didalam beg tangan mama ada pelbagai jenih kamera dan handphone berkamera… terlupa nak tinggalkan dalam kereta tadi… Walaupun cuaca panas, alhamdulillah, keadaan dibawah payung tidaklah panas sangat.

Rupanya tak ramai sangat pengunjung ke Masjidil Nabawi pada hari itu… Keadaan agak lengang di dalam kawasan solat lelaki…

Selepas selesai solat, kami ke restoran Indonesia untuk makan tengahari…. sup kaki kambing, ayam masala dan sayur bening…. Semuanya kegemaran kami sekeluarga… pastinya kami akan merindui makanan ini nanti…

Sementara menunggu kedai2 buka (biasanya kedai2 hanya akan dibuka selepas Asar), kami ke AlNoor Mall…. Centerpoint, City Max ada sales…. yahoooo!! Bestnya dapat shopping masa jualan murah…Dapat lah sehelai dua baju Abid dan sedikit mainan untuk Iyad dan Along…Seronok bukan main…

Sebelum masuk Maghrib, kami bergerak ke Masjid Quba untuk solat Maghrib dan Isya’…Selesai jamak, kami beransur pulang.. Alhamdulillah, dapat beli air zam-zam juga untuk dibawa pulang nanti….InsyaAllah kami akan ke Madinah 2 minggu lagi, untuk membeli tamar segar…..

~ by Zarina on June 11, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: