::Umrah Sebelum Summer::

Summer sangat panas… sekarang pun suhu kadangkala mencecah 44 darjah… Kami ambil kesempatan mengerjakan umrah sebelum suhu naik lagi… lagi 40++ hari cuti musim panas… Alhamdulillah… Ramai juga orang di Mekah.. Kami ambil masa 2 jam untuk lengkapkan rukun umrah..

Alhamdulillah juga, kami dapat menghantar bungkusan barang ke Malaysia, dengan kos SR18 sekilo, kos yg jauh lebih murah dari Saudi Post.  Terima kasih kepada ustaz Falah dan Yana, kerana memberi maklumat tentang proses penghantaran barang ke Malaysia.  Terima kasih juga ya ustaz kerana tolong tempahkan hotel yg dekat dengan Al-Haram untuk kami.

Sebelum masuk waktu Zohor, kami siap melakukan tawaf wada’. Sepanjang melakukan tawaf, hati berdoa “Ya Allah, berikan aku satu ruang di dalam Hijr Ismail untuk ku bersolat dan berdoa”…Alhamdulillah, masuk saja ke kawasan Hijr Ismail, mata melilau ke kawasan belakang… ya, ada 1 ruang kosong untukku… Sesungguhnya Allah mendengar setiap satu doa hambaNya… berdoalah dengan yakin, nescaya Allah akan memakbulkannya…selepas siap bersolat dan berdoa, mama bingkas bangun dan memanggil org lain yg sedang mencari ruang kosong…..

Selamat tinggal Baitullah yg mulia… Moga Allah izinkan kami menjejakkan kaki lagi ke sini selepas musim panas nanti.. Itulah yang mama doakan semasa bersolah di Hijr Ismail..  Tahun lepas dapat berhari raya di Mekah. Tahun ini rezeki di Malaysia pula… Pastinya mama akan merindui Baitullah dan Masjidil Haram… 

Namun, kaki babah sakit… agaknya agak lama kami tidak mengerjakan tawaf dan saie.. kali akhir kami melakukan tawaf  ialah pada bulan Febuari lepas… dah 3 bulan!! Agak lama kami tidak ke Mekah… Apa pun, Alhamdulillah, perjalanan umrah kami dipermudahkan Allah…

~ by Zarina on May 28, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: