:: Hari Ibu & Kenangan ::

Masih segar dalam ingatan ini…pada tarikh yang sama, 9 May 2008.. Mama kirimkan hadiah hari ibu utk (allahyarhamah) mak melalui Md Nizam (anak saudara) balik kampung. Hadiahnya tak seberapa, sehelai kain ela berbunga biru. Sangat lembut kainnya, dan mama rasa tentu seorang ibu akan suka.. bersama sekeping kad ucapan “Selamat Hari Ibu, mak”… dan sedikit duit tanda buah tangan dari seorang anak…

Babah cakap, kenapa tak bagi sendiri, memandangkan kami sekeluarga akan pulang ke kampung 2 minggu hadapannya. Mama berkeras nak kirim juga melalui anak saudara.. kenapa ya? Biarlah, 9 May hari ibu, biarlah hadiah tu sampai pada hari ibu…

Dan hadiah tu sampai pada hari ibu… Alhamdulillah, sekurangnya seorang ibu akan tahu betapa sayangnya anak kepadanya.

Dan… Allah juga menyayagi emak… emak dipanggil sebelum sempat mama pulang ke kampung seperti yang dijanjikan… 2 minggu selepas hari ibu…

Kenangan itu masih terpahat sehingga hari ini. Masih ada ruang kosong didalam jiwa ini. Dan kali ini, hadiah dari seorang anak ini hanyalah sekeping doa.  Jika dulu seorang ibu sentiasa berdoa untuk anaknya, kini hanya balasan doa dapat diberi kepada seorang ibu pula. InsyaAllah, moga Allah beri peluang kepada mama untuk menyampaikan hadiah kepada seorang ibu di’sana’ di hadapan Kaabah, dihadapan Multazam dan dibawah pancuran emas…

Inilah saja hadiah dari anakmu kali ini…

~ by Zarina on May 10, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: