:: Al-Urdun – Kota yang penuh sejarah ::

Penat!! Itulah yang dirasai selepas 6 hari mengembara ke Jordan. Alhamdulillah, perjalanan kami sekeluarga lancar walaupun awalnya peralatan GPS tidak dibenarkan dibawa ke Jordan. Bukan tidak boleh membawa peralatan GPS, tetapi pihak kastam mahukan sedikit duit kopi aka rasuah sebenarnya. Namun Allah telah gantikan dengan GPS bergerak, ustaz Solihin untuk membantu kami ketempat2 yang telah dirancang. Banyak ilmu yg kami dapat daripada penerangan untaz Solihin.

Kami bermalam di bandar Aqaba, bandar yg bersempadan dengan Saudi.. Aqaba berkongsi Laut Merah dengan Mesir dan Israel. Dari pesisir pantai Aqaba, kami dapat melihat dengan jelas pesatnya pembangunan di Israel. Huh, rasa macam benci aje sebab Israel penyebab penderitaan penduduk Palestin dan Masjid Al-Aqsa juga dicengkam oleh Israel.

Ringkasnya, kami sempat melawat ke tempat2 yang telah dirancang.. kecuali Karak Castle, Maqam Bilal bin Rabah dan Pella Castle. Kami diberitahu kebanyakan castle2 tidak jauh berbeza antara satu sama lain, jadi tidaklah rasa rugi memandangkan kami telah ke Ajloun Castle. Wadi Rum juga menarik namun kami perlu menyewa tourist guide untuk kesana.

Paling syahdu ialah bila dapat menziarahi maqam2 para nabi.. Wali Allah Yusha’ A.S dan Nabi Shoib a.S…. juga maqam Nabi Musa A.S.. pelik sikit rasanya sebab maqam nabi Musa terletak di dalam gereja. Namun ustaz cakap, untuk menziarah tidak menjadi masalah…

Bahar Al-Maut… Laut Mati pulak tersangat masin airnya… garam2 laut boleh dilihat dan dikutip di tebing2 beting pasir…lapisan garam juga terdapat diantara pasir dan selut laut… Namun begitu, dibawah laut mati itulah terdapat kaum Nabi Lut yg dilaknat Allah… Allah telah menterbalikkan muka bumi dan diatas bumi yg terbalik itulah letaknya laut mati… Nau’zubillah, moga Allah jauhkan laknat sedemikian rupa daripada kami… Moga kami sentiasa didalam lindungan Allah…

Banyak pengajaran yg diperolehi sepanjang pengembaraan kami… Ashabul Kahfi… subhanallah…. mereka telah dijanjikan syurga… perjalanan kami didunia ini masih belum diketahui bagaimana akhirnya… (isk takut pulak rasa hati)…

Semoga kami sekeluarga akan dapat lebih banyak pengalaman yg mampu menambahkan iman kepada Ilahi… InsyaAllah…

~ by Zarina on April 21, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: