:: Yanbu – Al Rayis – Masturah – Badr – Yanbu ::

Dah lama kami nak explore Masturah… setiap kali ke Jeddah/Mekah, kami akan lalu Masturah… Ape yang ada di Masturah….Dari arah Jeddah, nampak papan tanda “Bustan”, yang bermaksud kebun… Rasa macam nak explore beberapa tempat yang kami belum pernah sampai…

Babah pula baru beli peralatan GPS… apa lagi, inilah masanya nak menggunakannya…

Dari Yanbu, kami bertolak ke Al-Rayis.. di sini terdapat pantai yang cantik – jika dilihat di  Google Earth…Setengah jam aja perjalanan Yanbu – Al-Rayis… Ehmm, banyak juga gazebo di tepi pantai yang menghijau…Sempat beli kabsah ikan…kami makan di pondok pantai Al-Rayis…. Kuatnya tiupan angin, MasyaAllah… cantiknya ciptaanMu ya Tuhan… Berselera tengok Abid dan Along makan ikan goreng cecah kuah asam versi Arab..

Lepas makan, bergambar sekejap .. Malang sekali, kamera mama rosak. Aduhhh, tak dapatlah mama nak ambil gambar di sand dune nanti….

Kami teruskan perjalanan ke Masturah..Teringat dialog Tan Sri P. Ramlee dalam filem 3 Abdul – “Ya Mastura, kekasih lama”… Ehmmm pekan Masturah sungguh membosankan… kami hanya lalu sahaja dan patah balik…Anak2 pun tidur lena…

Kami patah balik, kali ini kami ikut jalan dalam ke Badr… Harapnya dapat menziarahi perkuburan syuhada peperangan Badr… Pekan Badr pesat membangun, banyak jalan baru… peta didalan GPS agak outdated, berpusing2 juga kami… Rupanya masih banyak rumah2 lama berbentuk kotak, diperbuat dari lumpur dan batu…Tapi sudah tidak berpenghuni.. Agaknya mereka telah berpindah ke bangunan2 baru yang pesat membangun.. Sempat juga mama snap gambar guna handphone..

Mud House kat Badr

Rumput hijau di padang pasir

 

Sepanjang perjalanan ke Badr, banyak terdapat ladang tamar….dan padang pasir juga banyak ditumbuhi rumput, Subhanallah.. Dan banyak juga gerombolan unta dan kambing dibiar makan rumput dikiri kanan jalan..

Kami sampai ke perkuburan syuhada Badr, hanya sempat beri salam… Hajat hati nak keluar, tapi pengawal bagi signal dah tutup…ehmm… lain kali lah kami datang lagi, insyaAllah…

Tak jauh dari perkuburan syuhada, nampak sand dune…hati dah girang nak panjat…sekali tengok, kambing pun panjat sand dune..rupanya, ada rumput tumbuh di atas bukit pasir, agaknya hujan yg turun baru2 ni…dan pasir sand dune juga jika dikuis sikit, masih lembab dibawahnya…Seronok betul anak2 panjat… Along dan Abid panjat sampai puncak.. Mama panjat separuh ja, dah mengah… Rasa macam nak guling2 aja, tapi segan lah…

Sand Dune...

Kami beransur balik tepat pukul 5.45 petang… dan sampai Yanbu sedang elok ja pada waktu Maghrib…Seronoknya hari ni!!!

~ by Zarina on March 25, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: