Ziarah ke Madinah – 11 Mac

Tanggal 11 Mac, kami sekeluarga berpeluang ziarah ke Madinah lagi..Alhamdulillah.. Niat asal ingin melawat Mak Tam sambil ziarah ke Masjid Nabawi dan a few tempat2 bersejarah yg kami belum sampai.

Alhamdulillah, perjalanan kami lancar dan singgah ke rumah Mak Tam. Kami makan malam disitu sambil mendengar celotehnya. Paling ceria ialah Iyad, yang tak habis2 mengomel dengan Tok Tam… Agaknya Iyad rindu neneknya di kampung, dan dia layan Tok Tam seperti melayan nenek sendiri…sooo cute…

Sebelum ke rumah Mak Tam, 3 pelajar Universiti Madinah membawa kami ke tapak peperangan Khandak, sambil bercerita dengan ringkan tapi padat. Kubu tentera Islam semasa peperangan Khandak sekarang ini sudah menjadi tapak parking dan tiada lagi masjid 7, yg dulu dikatakan digunakan semasa perang. Masjid baru dibangunkan disebelah kawasan kubu tentera Islam….dan orang akan merujuk masjid tersebut sebagai masjid 7… Walau bagaimanapun, terdapat 1 masjid kecil dekat parking, yang dibangunkan diatas tapak asal salah 1 masjid 7. Namun masjid itu sudah tidak digunakan lagi…

Masjid Al-Fath disebelah ni merupakan masjid yg dibangunkan diatas tapak, dimana Rasulullah (SAW) berdoa selama 3 hari semasa/sebelum Peperangan Khandak..

Kami juga berkesempatan ke Muzeum… dapatlah kami melihat binaan asal Masjid Nabi peringkat demi peringkat… dan kami diberitahu dimana Nabi dikuburkan, disitulah sebenarnya rumahnya… dan terdapat 5 bilik2 di belakang masjid Nabi, yang merupakan bilik 5 isteri Nabi… Kami juga dapat melihat replika perkuburan Baqi’, replika masjid2 yg mempunyai sejarah bekaitan Nabi dan para sahabat, replika Kaabah dan tulisan Al-Quran lama/kuno…

Alhamdulillah, rezeki pengalaman ini harapnya dapat dimanfaatkan, insyAllah. Terima kasih adik2 yang membawa kami… Next time boleh lah jumpa lagi dan semoga ikatan ukhuwah berpanjangan….

~ by Zarina on March 13, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: