Abha – Perjalanan yang penuh cabaran

Alhamdulillah, 6 hari 6 malam perjalanan kami dari Yanbu ke Abha dan singgah di Mekah…. Keseluruhannya, kami bermalam di Jeddah, Al-Baha, Abha, Habala dan Mekah… Duit habis dekat hotel ja… Namun jika dibanding dengan pengalaman yang diperolehi, tak ternialai dengan jumlah duit itu….

Banyak pengalaman baru diperolehi, terutamanya dari segi pemandangan gunung ganang, lembah bercucuk tanam dan bangunan tradisional yang diperbuat dari lumpur. Subhanallah, banyak perjalanan luas pemandangan.

Perjalanan kami bermula dari Yanbu ke Jeddah.. bermalam di Jeddah kerana esok paginya kami bertolak bersama-sama keluarga Kay. Terus ke Taif, melalui jalan baru yang bengkang bengkok mendaki gunung. Alhamdulillah, jalannya dalam keadaan yang baik dan selamat. Sampai di Taif, kami berhenti di Taif Mall, cadangnya nak beli peralatan GPS. Malang sekali, pasaraya Extra hanya menjalankan operasi jualan selepas Asar.

Taif – The first pit stop…

 

Kami meneruskan perjalanan ke Al-Baha. Mulanya terlajak simpang ke Al-Baha, patah balik. Perjalanan ke Al-Baha mengambil masa lebih kurang 3 jam… Jalannya landai saja namun bila dah masuk ke Al-Baha, sedikit mendaki gunung. Sebelum betul2 masuk ke Al-Baha, kami singgah di gerai menjual madu gunung…masa tu hujan renyai mulai turun. Mulanya harga sebotol madu SR100 tapi memandangkan hujan, kami dapat 2 botol SR100. Sedap! Lain dari rasa madu yang biasa. Madu ni agak pekat dan warna agak gelap.

Gerai madu sebelum masuk Al-Baha

 

Inilah rupa sarang lebah & madunya…

 

Rupanya Al-Baha agak tinggi tempatnya. Mungkin tak perasan bahawa kami mendaki gunung tadi… Suhu turun ke 11 darjah… Sejuknya kat luar… Kami minta tolong pemuda arab mencarikan hotel. Bila disebut ‘funduk’, orang itu membawa kami ke hotel Grand Tulip… Melihatkan kedudukannya di atas bukit, kami dah tahu tentu harganya mahal… SR800? Oh tidak…. Kami kemudian memberitahu bahawa kami cuma hendakkan hotel di bawah SR200… Lalu pak arab tersebut membawa kami ke ‘mafrusyat’ – apartment… ALhamdulillah, kami dapat apartment 1 bilik dengan harga SR100, dengan fasiliti yang memuaskan.. Malamnya kami makan malam nasi lemak yg dibawa oleh Kay… dan mama menyediakan 15 biji telur rebus dan ikan bilis…

Pemandangan sekitaran Al-Baha

 

Paginya, kami bercadang ingin menikmati matahari terbit, dan mengambil beberapa gambar pemandangan serta monumen2 sejarah yg kami nampak semasa mula sampai. Namun, awal tebal berarak, nak drive pun takut…. Suhu sejuk memberikan kami suasana perjalanan yang menyenangkan sekali.

Kabus tebal yang sentiasa bergerak…Ni bukan nyaman tapi sejukkk brrrr….

 

Disebabkan kabus tebal, kami hanya bertolak ke Abha pada pukul 11 pagi. Itu pun, sepanjang perjalanan, kami terpaksa memandu dengan lampu kecemasan. Dan pemandangan keliling – subhanallah, cantik! Sepanjang perjalanan, kami melalui banyak kampung-kampung. Dan suhu masih sejuk, dibawah 20 darjah…Monyet2 gunung bersantai2 ditepi highway..dan kadangkala bersantai beramai2 ditengah jalan…Bila ada lembah, disitulah ada kampung… pemandangan sebegini tidak dapat dilihat di Malaysia..

Jauh juga rasanya nak sampai Abha…Kami berhenti beberapa kali untuk makan, solat dan membeli makanan ringan. Ada ketika rasa seperti nak termuntah sebab sudah hampir 5 jam kami belum sampai ke Abha…

Pemandangan biasa sepanjang jalan..

 

Lembah…

 

Hampir 6 jam, akhirnya kami pun sampai… Alhamdulillah. Maka bermulalah misi mencari mafrusyat…dan kami dapat mafrusyat yg agak murah – Sr240 untuk 2 hari. Sebelah ring road.

Esoknya bermulalah misi pencarian tempat2 yang ingin dilawati. Hanya berbekal peta Abha, agak sukar bagi kami tapi akhirnya kami ke Aseer Tourism Board untuk mendapatkan maklumat. Dan alhamdulillah, Mr Ali Ibrahim Moghawi (penulis buku tentang Rijal Alma Village) sudi membawa kami ke Rijal Alma Village. Kami perlu mendaki gunung Al-Sodah dan menaiki kereta kabel ke kampung Rijal Alma. Suhanallah, cantiknya pemandangan semasa dalam perjalanan ke puncak Al-Sodah. Dan suhu di puncak al_sdoah dalam lingkungn 10 -11 darjah… Kami seperti berada di awan.. Kami menaiki kereta kabel ke kaki al-Sodah, dan makan tengah hari di situ. Selepas hampir 1.5 jam, Mr Ali datang dengan GMCnya dan membawa kami semua ke Rijal Alma Village.

Cantiknya rekabentuk bangunan Rijal Alma muzeum. Dulunya ia adalah perkampungan tetapi telah dijadikan muzeum sejak 25 tahun yg lalu. Kami difahamkan bahawa bangunan ni telah dibangunkan lebih 700 thn lalu, dan ia masih kukuh sehingga sekarang, menjadikannya pusat kajian pelajar2 engineering dari seluruh dunia.

Atas Gunung Al-Sodah… (macam nama orang melayu plak)

 

Yang ini mahal…dapat dari penulisnya sendiri…Itulah Mr Ibrahim yang membawa kami ke Rijal Alma..

 

Sangat indah ciri2 rekabentuknya….

 

Rasa macam tak percaya, seperti didalam lukisan…

 

 

Kami pulang ke mafrusyat dan sempat lalu sebelah Universiti King Khalid. Besar jugak universiti ni. Dan malamnya kami sudah keletihan. Hajat hati nak ke Green Mountain restaurant tapi budak2 dah lembik…

Antara tempat glamer – Green Mountain…perlu menaiki cable car… tapi kami sudah keletihan…tengok je lah…

 

Keesokan harinya, kami ke Basket Souk aka Souk Salasa… Sambil menjamu mata, kami berbual dengan pekerja Indonesia… Nak beli barang2 kat situ pun, terlalu klasik… at last, kami beli sikit souvenir untuk kawan2.

Amik ko…berani nak rompak? hehehe… tembaga je… Kat Souk Salasa

 

Barang2 buatan tangan …banyak pengaruh dari Yaman…

Macam pasar tani kat Malaysia …

 

 

Petangnya kami ke Hamsa Village yang terletak di Khamis Mushayt. Terpukau juga melihat rekabentuk bangunan lama yg dijadikan muzeum.

Didalam kawasan Hamsa Village…

 

Sama juga macam Rijal Alma, Hamsa Village punya seni rekabentuk yg sangat halus…

 

Selepas tu kami terus bertolak ke Habala, juga di dalam daerah Khamis Mushayt.. Sepanjang ke Habala (untuk ke Hanging Village), kami melalui beberapa lembah. Hujan pula turun, dan hujan ais batu ini menyebabkan suhu turun 6 darjah… sangat sejuk.. Ironinya, kampung Habala seperti dilitupi salji. MasyaAllah… Baru je mama cakap kat anak2, best nya kalau ada salji… dan tanah yang yang putih dilitupi ketulan ais kecil, nampak seperti salji. Subhanallah… Cantik!!

Dah jakun namanya….hujan batu pun sibuk nak amik gambar…Macam salji kan?

Nak juga pegang…. hihi

Ini pemandangan dari Habala…. Fuhhh terpukau!

 

 

 

View Hanging Village from Cable car

Kami melilau hampir 3 jam! Lama tu, sedangkan jarak Abha – Habala dalam 40 batu ja… Akhirnya kami sampai juga ke Habala Resort.. Hampir pukul 6, kami bermalam di Habala Villa…Malamnya sungguh sejuk namun pemandangan ngarai yang indah menghilangkan semua rasa sejuk itu.Kami tidur dengan aman.. dan siangnya, kami meninjau2 kampung berdekatan, melihat gembala kambing sedang mengembala…. dan bentuk muka bumi yang dipenuhi pokok2 gunung nan cantik sekali.. MasyaAllah….

 

 

 

Inilah Hanging Village yang menjadi sebutan … Jika mempunyai Iqama, sangat rugi jika tidak ziarah…

 

Pukul 11 kami menaiki kereta kabel ke Hanging Village.. menikmati pemandangan ngarai dan lurah gunung yang sungguh indah, kami terpukau… tambahan pula kami dapat menikmati chai panas…. Hampi 2 jam, kami beransur pulang…

 

Bunga ni banyak terdapat kat tanah tinggi di sini…

 

Kami menyusur menuruni gunung ke Jizan dan bila sampai ke Jizan, kami menggunakan lebuhraya ke utara… Akhirnya kami sampai ke Jeddah namun jalan yg kami kurang arif, menyebabkan kami terus ke Mekah dan bermalam di Mekah.

Esoknya, kami bertemu sahabat lama… dan sempat solat di Masjidil Haram, zohor dan asar, sebelum bertolak balik ke Yanbu. Alhamdulillah, perjalanan kami lancar sepanjang pergi dan balik…

 

 

Bersama Azaina dan keluarganya yg menjalani ibadah Umrah…Mama hanya ziarah sebab dah tak daya…

 

~ by Zarina on February 19, 2010.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: