Berebut kuah rojak..

Masa cuti summer hari tu, Mak Uda ada bagi sebalang kuah rojak home made. Actually, dari kecil mama sangat suka makan rojak… tambah jika kuahnya kena dengan selera. So yg mak uda kasi ni memanglah kena dengan selera.

Alin pun suka jugak makan rojak… balik sekolah ja, kalau ade timun, sure dia cari kuah rojak… sikit, sikit, lama2 susut mama punya kuah rojak tu.. mama jarang makan sebab takut habis… tapi Alin pulak, dok perabih dan hari ni tinggal lagi sikit je.. dan Alin¬†mintak lagi…. “mama, boleh tak makan timun dengan kuah rojak?”,… huhuhu… last-last mama keluarkan kuah tu dan panaskan sikit supaya gula hancur.. dan kami pun makan sama-sama…

Maka, mama teringat masa kecil2 dulu.. mama sangat suka buah mempelam (terutamanya mempelam siam).. masa tu, chukanan belum lagi dikomersilkan, Pelam siam ni, bau dia harum… dan kalau dapat yang manis, masyaAllah sedapnya…. Arwah mak pun suka buah pelam ni.. dan selalunya kami beli kat pasar malam… . Biasanya kami akan diberi seorang sebijik…. maklumlah, ahli keluarga ramai…. dan yang belen tu, arwah mak akan simpan…. sbb dia jenih tak makan banyak…. kalau dah makan nasi, 2 3 jam nanti atau esoknya barulah dia akan makan buah….. Ehmm esoknya mama akan cari kat mana arwah mak simpan buah pelam tu… nasib baik, jumpa… dan mama makan… macam mencuri pulak… walopon arwah mak tahu, dia tak marah pun…. nak buat macam mana, dah kita suka….

Sekarang, samalah perkara ni berlaku kat mama… mama simpan kuah rojak…. alin balik sekolah, perabihkan… bila tengok kuah makin susut, rasa macam sedih pulak, mama tak dapat makan… tapi bila teringatkan kisah kecil-kecil dulu… ehmmmm tak apalah, dah anak suka…. bagi aje lah…. inilah pengorbanan seorang ibu…. kisahnya terlalu kecil, tapi pengalaman ini memberi kesedaran betapa ibu kita berkorban untuk kita semasa kita kecil…. moga arwah mak aman disana…. amin….

~ by Zarina on January 15, 2010.

2 Responses to “Berebut kuah rojak..”

  1. Seronok je baca kisah zarin dgn alin tu. Banyak yang dilalui sekarang bersama anak akan mengimbau kenangan kita bersama mak masa kecil dulu. Indahnya didikan mak masa itu akan menjadi ukuran kita semasa mendidik anak sendiri. Bahagia je terasa.

    • Hehehe….. banyak lagi kisah2 besama anak2 yang tak sempat direkodkan… Alhamdulillah, walaupun tidak setinggi mana ilmu arwah mak dulu, apa yang patut diberinya, telah dilaksanakannya…. dan, seumur hidup saya tak pernah dirotan arwah… tapi dengan anak sekarang, selalu je naik darah, ehehehe… banyak lagi yg perlu dipelajari…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: