Relevankan Pepatah ini..

“Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga” … Relevankan? Bergantunglah kepada penggunaannya….

Satu titik nila, jika dikacau secara rata didalam susu sebelanga tidak akan membawa kesan, asalkan belanganya besar… asalkan dikacau secara sekata. Jika setitik najis jatuh didalam sungai, air itu masih air mutlak. Ehmm….

Namun begitu, hukum dunia dan hukum Allah bagai langit dengan bumi…

Bila manusia berbuat satu kesalahan (disisi Allah), maka 1 titik hitam bernoktah dihatinya… Lama-kelamaan, jika terlalu banyak kesalahan2 kecil, hati menjadi gelap (nauzubillah), lalu jauhlah dia dari nikmat Allah. Tetapi Allah itu ya Aziz…dan Ya Ghaffur…Yang Maha Perkasa dan Maha Pengampun. Satu bacaan zikir (the master of zikr) dibaca dengan yakin dan difahami maknanya, maka Allah akan menggugurkan 1 noktah hitam dihati insan. MasyaAllah.

Dan 1 noktah hitam (yang mungkin hitam pudar) disisi manusia, disitu jugalah noktahnya. Itu lah salahnya, kerana itulah yang dipersaksikan. Jika tidak dipersaksikan, 10 noktah pun tidak mengapa, sedangkan, 10 titik nila sudah pasti merosakkan susu.

Wahai hati, noktah hitam disisi manusia tiada maknanya. Kerana pandangan Allah jua yang utama.

“Hati tempat lahirnya pandangan Allah,
Jasad lahir tumpuan manusia…
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia”

~ by Zarina on December 23, 2009.

2 Responses to “Relevankan Pepatah ini..”

  1. mohon share ya sis…i suka baca blog u.byk yg boleh dijadikan pengajaran

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: